KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini dijenamakan sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Yuserrie Zainuddin berkata, penggunaan logo dan nama UMPSA telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Warta Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa 14 April lepas.
Beliau berkata, penjenamaan selepas 21 tahun penubuhan tatkala di puncak kejayaan, bertepatan dengan visi menjadi universiti teknologi terunggul.
Katanya, pertukaran nama itu tidak mengubah bidang fokus utama universiti, program pengajian serta enrolmen, selaras matlamat penubuhannya.
"Penjenamaan ini akan terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan yang dicapai menerusi pemerkasaan akademik, pengantarabangsaan dan hasil penyelidikan berimpak serta menghasilkan graduan cemerlang untuk menjadi modal insan berkualiti dalam memacu pembangunan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bermula sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang diwartakan pada 16 Feb 2002, kerajaan mengumumkan pertukaran nama institusi itu kepada UMP berkuat kuasa 1 Feb 2007.
Yuserrie berkata, kebolehpasaran graduan UMPSA membanggakan apabila mencapai 98.67 peratus yakni antara tertinggi di Malaysia dan dengan penjenamaan itu ia akan membina keterlihatan, reputasi dan keupayaan, seiring perkembangan serta pencapaiannya yang diiktiraf dunia.
Selain itu, katanya, UMPSA menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan kejuruteraan dan teknologi yang berupaya memperkaya ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tahap tinggi di negara ini.
Dalam masa sama, beliau berkata, universiti itu sentiasa berusaha untuk memperkenalkan teknologi serta amalan kelestarian kepada masyarakat selain mendidik serta menjadi suri teladan mengenai prinsip kelestarian.
Tambahnya sebagai universiti terbaik dalam rangkaian universiti teknikal Malaysia (MTUN), UMPSA komited melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) serta amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang baik. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
![UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690688217_PROUMPSA.jpg)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini dijenamakan sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
![Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738970356_tbSimonHarris.jpg)
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
![OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
![UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690688217_PROUMPSA.jpg)
UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Pertukaran nama itu tidak mengubah bidang fokus utama universiti, program pengajian serta enrolmen, selaras matlamat penubuhannya.
![Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681477870_TBYDPAGONG.jpg)
Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.
![UMP, TDA meterai MoU di dasar laut UMP, TDA meterai MoU di dasar laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665616887_Tioman.jpg)
UMP, TDA meterai MoU di dasar laut
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan, dan program bersama komuniti di Tioman.
![Nombor plat khas UMP 'UC' dibuka untuk bidaan 1 Februari ini Nombor plat khas UMP 'UC' dibuka untuk bidaan 1 Februari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643410029_NoPLat.jpg)
Nombor plat khas UMP 'UC' dibuka untuk bidaan 1 Februari ini
Proses bidaan plat khas 'UC 1 hingga UC 9999' itu akan dilakukan secara dalam talian dengan nilai bidaan bermula RM1,000 untuk nombor empat digit dan RM200,000 bagi nombor tunggal.
![12 pensyarah UMP disenarai Top 2% Scientist 12 pensyarah UMP disenarai Top 2% Scientist](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638708661_UMP.jpg)
12 pensyarah UMP disenarai "Top 2% Scientist"
Ia dianggap sebagai pengiktirafan yang akan memacu interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa
![Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja adalah prerogatif Agong - Pengarah Itkas Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja adalah prerogatif Agong - Pengarah Itkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623233574_IstanaNegara.jpg)
Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja adalah prerogatif Agong - Pengarah Itkas
Tindakan mana-mana pihak yang mempertikai prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil perbincangan khas menunjukkan pengabaian kepada prinsip kedaulatan negara dalam pentafsiran Perlembagaan.
![Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619146807_PPDA.jpg)
Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan
Mangsa A. Sharvin Ananth, 23, dan R.Goobi, 23, difahamkan ke air terjun itu bersama sembilan lagi rakan untuk beriadah.
![PdPR: UMP cipta studio berinovasi mudahkan pembelajaran dalam talian PdPR: UMP cipta studio berinovasi mudahkan pembelajaran dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611714074_UMP.jpg)
PdPR: UMP cipta studio berinovasi mudahkan pembelajaran dalam talian
Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan satu studio berinovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian lebih menarik dan interaktif.
![KKM galak pesakit kronik dapatkan bekalan ubat secara pos - Dr Noor Hisham KKM galak pesakit kronik dapatkan bekalan ubat secara pos - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586245411_FBREAKNOORHISHAMCOV.jpg)
KKM galak pesakit kronik dapatkan bekalan ubat secara pos - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui kaedah UMP.
![Kadar kebolehpasaran graduan UMP meningkat kepada 96.3 peratus tahun lepas Kadar kebolehpasaran graduan UMP meningkat kepada 96.3 peratus tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554569465_ump.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan UMP meningkat kepada 96.3 peratus tahun lepas
Jadi pendorong kepada pihak universiti untuk mengekalkan momentum peningkatan kebolehpasaran graduannya pada tahun ini.