Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memerangi penggunaan ilmu sihir dalam kehidupan seharian.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan Dr Mahyuddin Ismail berkata, garis panduan itu melibatkan kajian dalam tempoh dua tahun bermula Februari 2013 hingga Februari 2015 melalui percambahan fikiran gabungan individu daripada pelbagai latar belakang seperti pengamal perubatan Islam, ahli agama, Hakim dan pakar psikiatri.
"Pelaksanaan itu turut mendapat geran Program Pemindahan Ilmu sebanyak RM189,000 daripada Kementerian Pendidikan.
"Hasil kajian itu, setakat ini, peruntukan mengenai keterangan, cara pembuktian dan SOP dah ada cuma menunggu negeri mana yang akan mula mengambilnya bagi melaksanakan undang-undang tersebut.
"Setakat ini Brunei telah ambil (hasil kajian berkenaan) dan meminta untuk dilaksanakan di negara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Bicara Alam Metafizik "Amalan Sihir Sebagai Satu Jenayah" di UMP di sini, hari ini.
Selain Brunei, Dr Mahyuddin berkata Selangor juga turut menyuarakan hasrat bagi mewujudkan undang-undang sihir berkenaan. Bagaimanapun hasrat itu hanya disampaikan secara lisan.
Katanya, untuk sesi penerangan mengenai kepentingan mewujudkan perundangan berkenaan juga telah dilakukan mulai tahun lepas melalui jerayawara di Sabah dan Sarawak.
Mahyuddin berkata, usaha itu akan diteruskan ke negeri-negeri Pantai Timur bagi peringkat kedua sebelum berakhir di negeri-negeri Pantai Barat, April depan.
Bernama
Fri Mar 13 2015
UMP melalui Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir menyediakan SOP untuk memerangi penggunaan ilmu sihir dalam kehidupan seharian. -etawau.com
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Lima dipukul sampai mati di tengah India, didakwa amal ilmu hitam
Polis menahan lima orang berhubung melaksanakan hukuman bunuh ke atas mangsa tanpa perbicaraan di Daerah Sukma.
Bimbang mampu seru roh jahat, sekolah Katolik di AS haramkan buku Harry Potter
Pihak berkepentingan di Rom dan AS teleh dihubungi untuk menggesa buku bertema fantasi itu segera diharamkan di perpustakaan Sekolah Katolik St Edward di Tennessee.
Tiga ditahan selepas bunuh pasangan warga emas yang disangka pengamal sihir
Kepercayaan dalam ilmu sihir dan ilmu ghaib masih berleluasa dalam komuniti suku dan puak tertentu di pedalaman India.
Majoriti tidak setuju wang rakyat diguna untuk kajian banteras ilmu sihir
Majoriti pembaca Astro AWANI berpendapat wang rakyat tidak wajar digunakan sebagai geran untuk mengkaji cara-cara untuk membanteras ilmu sihir.
UNDIAN: Wajarkah wang rakyat digunakan untuk kajian banteras ilmu sihir?
Isu ilmu sihir mendapat perhatian baru-baru ini dengan berita bahawa Universiti Malaysia Pahang (UMP)menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memerangi penggunaan ilmu itu.
UMP sedia SOP undang-undang banteras penggunaan ilmu sihir
Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-Undang Sihir menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memerangi penggunaan ilmu sihir dalam kehidupan seharian.
Kisah sihir dalam kelambu
Kajian mendapati ilmu dan amalan sihir adalah antara ilmu dan ritual tertua di dunia. Dalam rumahtangga pula, ia dilakukan bagi menghilangkan perasaan kasih sayang sekali gus memisahkan suami isteri