Usaha pemuliharaan haiwan purba, penyu yang juga ikon negeri ini sentiasa diberi perhatian dan keutamaan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sebagai bukti UMT telah menyediakan geran penyelidikan sebanyak RM500,000 bagi tempoh dua tahun bermula tahun hadapan, untuk menggalak serta merancakkan lagi usaha konservasi penyu di negeri ini.
Naib Canselor Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata geran tersebut dianugerahkan kepada Ketua Stesen Penyelidikan Penyu Laut (Seatru), yang diketuai Dr Muhd Uzair Rusli yang juga Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Persekitaran (INOS), UMT.
"Spesis ini tidak mungkin akan wujud lagi jika penyelidik tidak melakukan sesuatu bagi melindunginya.
"Kita tidak mahu berlaku lagi sejarah seperti penyu belimbing yang mana kita gagal menyelamatkannya kerana pergerakan penyelidikan sains berkaitan yang lambat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis santapan petang sempena majlis konvokesyen UMT ke-17 di sini, pada Jumaat.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis santapan berkenaan dengan diiringi oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zahari Azhar.
Pada majlis tersebut, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan melancarkan penerbitan buku Petala 7 Sasterawan Negara, yang dikeluarkan oleh Penerbit UMT.
Nor Aieni berkata buku tersebut menghimpunkan 132 puisi hasil nukilan Allahyarham Datuk Dr Usman Awang, Datuk Seri A Samad Said, Prof Emeritus Muhammad Salleh, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah (Kemala), Datuk Baharuddin Zaina (Baha Zain) dan Datuk Dr Zurinah Hassan.
Menurut Nor Aieni buku tersebut akan dicetak dalam dua versi iaitu buku mewah dan bersaiz poket, yang boleh dibeli secara atas talian melalui penerbit UMT.
"Penerbitan buku Petala 7 Sasterawan Negara adalah langkah proaktif UMT, demi menyahut seruan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya masyarakat universiti menghargai sasterawan negara.
"Buku ini akan diterjemahkan ke bahasa lain seperti Inggeris, German, Perancis dan Jepun, sebagai usaha memartabatkannya ke peringkat antarabangsa," katanya yang akan turut menerbitkan buku itu dalam bentuk digital.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019

Kita tidak mahu berlaku lagi sejarah seperti penyu belimbing yang mana kita gagal menyelamatkannya kerana pergerakan penyelidikan sains berkaitan yang lambat, kata Nor Aieni. - Gambar hiasan

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Terkejut filem tanpa bajet dapat anugerah - Pengarah Geran
Mohd Shahreel berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan itu datang tanpa diduga.