GEORGE TOWN: Tindakan segelintir pasangan suami isteri yang tidak segan silu membuat video 'unboxing isteri' jelas menunjukkan orang Islam di negara ini sudah hilang sifat malu.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sedangkan agama Islam amat menitikberatkan sifat malu dalam kalangan umatnya.
"Perasaan malu menurut beberapa hadis Nabi SAW dianggap sebagai anak kunci syurga.
"Sifat ini juga merupakan tiang seri bagi akhlak terpuji yang mampu memelihara iman seorang Muslim dan mencegahnya daripada melakukan maksiat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Baru-baru ini, tular dalam aplikasi TikTok mengenai trend 'unboxing' dalam kalangan pasangan pengantin baharu.
Kata Wan Salim lagi, hubungan intim antara suami isteri haram didedahkan kepada orang lain.
"Perbuatan mendedahkan rahsia suami isteri adalah satu pengkhianatan yang besar dalam pandangan Islam.
"Banyak ayat al Quran dan hadis yang melarang suami atau isteri menceritakan hubungan intim antara mereka berdua kepada rakan dan sesiapa saja.
"Ini kerana, memelihara rahsia rumahtangga adalah wajib. Ia tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Salim menyarankan, Mahkamah Syariah supaya menjalankan pembicaraan terhadap kes-kes perbalahan antara suami isteri secara tertutup.
"Saranan itu bagi membolehkan rahsia kedua-dua suami isteri tidak diketahui oleh orang lain. Perbalahan antara pasangan suami isteri tidak seharusnya dijadikan bahan tontonan.
"Tentunya di dalam pembicaraan itu tersingkap aib masing-masing.
"Kadang-kadang ada pula yang mengambil kesempatan untuk meruntuhkan rumahtangga pasangan terbabit atau meruncingkan lagi keadaan sehingga sukar untuk diselesaikan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 14 2022

WAN SALIM: Tindakan segelintir pasangan suami isteri yang tidak segan silu membuat video 'unboxing isteri' jelas menunjukkan orang Islam di negara ini sudah hilang sifat malu. -Foto Sinar Harian

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Trend 'unboxing' isteri ibarat 'jual bini'
Mufti Perlis mengulas individu yang mengikut trend yang melampaui batas sampai mendedahkan isteri sendiri.

'Unboxing' isteri: Haram dedah hubungan intim suami isteri - Mufti
Perbuatan mendedahkan rahsia suami isteri adalah satu pengkhianatan yang besar dalam pandangan Islam.