KUALA LUMPUR: Pelaksanaan undang-undang atau fatwa berkaitan Islam bukan satu perkara luar biasa di negara dengan penduduk majoriti Muslim.
Namun, cendekiawan terkemuka warga Turki, Mustafa Akyol berpendapat, penguatkuasaan undang-undang berkenaan bukanlah satu jaminan untuk sesebuah komuniti Islam itu menjadi warak atau alim.
Mengambil contoh apa yang berlaku di negaranya, Mustafa berkata, penganut agama Islam perlu sedar bahawa setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.
"Di Turki, tidak ada undang-undang untuk mengawasi apakah seseorang itu berpuasa pada bulan Ramadan, tetapi kebanyakan orang Turki akan berpuasa.
"Kerana kita berpuasa bukan untuk polis atau pihak berkuasa, tetapi kerana Allah," katanya.
Biarpun tanpa penguatkuasaan undang-undang, ia tidak menjadikan masyarakat Islam Turki lalai dan melupakan tanggungjawab mereka.
Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang yang berlebihan hanya akan membuatkan orang ramai bosan dan ia boleh membawa kepada hipokrasi.
"Ini hanya satu pemerhatian, bukan data, tetapi saya ada rakan di Iran yang lebih ketat undang-undang Islamnya. Dan orang Islam di sana tidak sepatuh orang Islam di Turki.
"Mereka sudah muak dengan gelaran 'republik Islam' itu. Dan sebilangan besar mereka kini hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan. Mereka tidak minum arak di luar tetapi mereka minum apabila berada di rumah.
"Kerana itu saya merasakan penguatkuasaan yang berlebihan hanya akan membawa kepada sikap munafik, dan ini tidak harus berlaku, " ujarnya dalam webinar “Freedom and Tolerance ini Islam: Why We Need Some Rethinking”, anjuran G25 dan Edunity Foundation, pada Isnin.
Tambahnya lagi, konsep amal makruf nahi mungkar telah disalah tafsir sebilangan orang Islam.
"Konsep ini sebenarnya adalah untuk tujuan berdakwah dan membawa orang ramai ke arah kebaikan. Ia bukan bertujuan untuk dijadikan asas undang-undang atau satu bentuk penguatkuasaan.
"Saya dengar di Malaysia ada undang-undang dan penguatkuasaan di bulan Ramadan, pihak berkuasa akan tangkap mereka yang tidak berpuasa.
"Apa logiknya di sini? Kita berpuasa bukan untuk kerajaan atau polis, kita puasa kerana ia suruhan Tuhan dan ia sepatutnya refleksi hubungan antara kita dan Tuhan," katanya.
Madiha Abdullah
Tue Apr 13 2021

Kata Mustafa, penguatkuasaan undang-undang yang berlebihan hanya akan membuatkan orang ramai bosan dan ia boleh membawa kepada hipokrasi. - Foto Mustafa Akyol

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Mustafa Akyol dibebaskan JAWI, masih berada dalam negara
Wartawan dan penulis Turki, Mustafa Akyol yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang ditahan semalam telah dibebaskan tengah hari tadi.

Wartawan Turki Mustafa Akyol dipercayai sudah meninggalkan Malaysia - Media
Wartawan Turki, Mustafa Akyol dilaporkan telah meninggalkan Malaysia selepas ditahan selama beberapa jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang malam tadi.