KUALA LUMPUR: Media sosial sememangnya mempunyai kebaikan, namun platform itu juga mempunyai sisi gelap yang boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan pengguna termasuk kerugian wang ringgit.
Menerusi platform media sosial, ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam talian, buli siber, penyalahgunaan maklumat peribadi dan pelanggaran privasi malah kanak-kanak terdedah kepada pengantunan seksual atau 'sexual grooming' selain aktiviti persundalan dan penjualan kandungan lucah.
Penganalisis Keselamatan Siber Yayasan Digital Malaysia, Mohammad Ezaly Iman Ramli berkata, undang-undang bagi mengawal selia pengendali platform itu seperti Facebook, TikTok, X, Telegram dan WhatsApp wajar diwujudkan untuk memastikan kandungan serta hantaran yang menjurus kepada aspek jenayah misalnya penipuan, pembulian siber dan pengantunan kanak-kanak dapat dikawal.
Beliau berkata, dalam usaha mengawal selia pengendali platform media sosial, kerajaan perlu mengenal pasti tanggungjawab undang-undang yang harus dipikul pihak terbabit seperti mewajibkan mereka menolak dan menghalang sebarang iklan yang mempromosikan aktiviti menyalahi undang-undang, seperti judi dalam talian dan aktiviti pelaburan tidak wujud.
"Tindakan ini dapat menyelamatkan ramai pengguna media sosial daripada terjebak ke kancah jenayah dalam talian selain mencipta ekosistem media sosial yang selamat serta dapat digunakan oleh pelbagai peringkat umur," katanya kepada Bernama.
Difahamkan, kerangka kawal selia ke atas penyedia platform dalam talian khususnya media sosial telah diperkenalkan di pelbagai negara antaranya Australia, Indonesia, Kesatuan Eropah, Singapura dan United Kingdom.
Sementara itu, pakar keselamatan siber dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya M. Selvakumar berpendapat, undang-undang untuk mengawal selia penyedia platform media sosial sepatutnya digubal beberapa tahun lepas susulan peningkatan penggunaan media sosial dalam kehidupan harian masyarakat.
"Syarikat media sosial yang hampir semuanya berpangkalan di Amerika Syarikat mempunyai falsafah dan pegangan berbeza dengan masyarakat di Malaysia, maka negara memerlukan undang-undang bagi memastikan kandungan yang dimuat naik selari dengan budaya dan norma rakyat negara ini," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertegas dengan pengendali platform media sosial dan meletakkan mereka bersama-sama bertanggungjawab untuk menapis kandungan yang dimuat naik.
"Ketika ini kandungan yang menyalahi undang-undang hanya diturunkan sekiranya terdapat aduan dan permohonan daripada pihak berkuasa. Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejak dua tahun kebelakangan ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan penapisan kandungan," katanya.
Senada dengan pandangan itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil berkata, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Keselamatan Siber 2024 boleh dipinda sekiranya perlu dan wajar dijadikan rujukan dalam kerangka undang-undang kawal selia tersebut.
"Pengendali ini patut dipertanggungjawabkan untuk memastikan mereka menyediakan sumber operasi dan teknologi yang secukupnya bagi membolehkan mereka mengesan kandungan yang mampu mengundang bahaya kepada pengguna," katanya.
Siraj berkata, kaedah kawal selia dikenakan terhadap pengendali platform media sosial perlulah mengikut tatakelola, budaya dan cara rakyat negara ini tanpa merujuk kepada negara luar kerana Malaysia mempunyai identiti tersendiri.
Menurutnya, ketika ini tiada undang-undang khas terhadap pengendali platform media sosial selain kerjasama dan budi bicara untuk menurunkan kandungan yang melanggar undang-undang Malaysia.
Siraj berkata, dengan adanya kerangka kawal selia ke atas penyedia platform sosial media, kerajaan boleh mewajibkan mereka untuk memperkenalkan sistem pemantauan yang berkesan bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial.
Beliau berkata, kerangka kawal selia berkenaan juga boleh mewajibkan penyedia untuk menghalang dan melaporkan dengan segera sebarang aktiviti pengantunan seksual yang berlaku di platform masing-masing kepada pihak berkuasa.
"Sekiranya kaedah kawal selia terhadap pengendali platform media sosial diwujudkan, ia tidak akan memberikan kesan kepada pengguna sebaliknya melindungi mereka daripada menjadi mangsa jenayah dalam talian," katanya.
Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, purata sebanyak 92 kes jenayah komersial diterima setiap hari berdasarkan keseluruhan 14,051 kes jenayah itu yang disiasat setakat minggu ke-22 tahun ini iaitu sehingga 2 Jun lepas, membabitkan kerugian lebih RM959 juta.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC, Siti Kamsiah Hassan berkata, kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun dan kebanyakannya bermula daripada pengantunan melalui media sosial termasuk aplikasi sembang seperti WhatsApp.
Beliau berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 1,590 kes rogol bawah umur sepanjang 2023, iaitu peningkatan berbanding 1,388 kes pada 2022 dan 2021 (1,299 kes).
Berdasarkan siasatan terhadap mangsa, katanya, rata-rata memberitahu polis mereka mengenali pelaku di laman sosial.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Ketika ini tiada undang-undang khas terhadap pengendali platform media sosial selain kerjasama dan budi bicara untuk menurunkan kandungan yang melanggar undang-undang Malaysia. - Gambar hiasan

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

MAIPk belum muktamad kadar zakat fitrah tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) belum menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sasaran tiga pingat bagi Kejohanan Berbasikal Trek Asia - Harnizam
Skuad Malaysia meletakkan sasaran sederhana tiga pingat untuk Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di sini bermula 21-27 Feb ini.

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.