Satu undang-undang khas bagi melindungi biodiversiti di negara ini bakal dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun hadapan.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, rang undang-undang berkenaan Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (ABS) kini di dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan kepada Kabinet.
Katanya lagi, dengan adanya undang-undang berkenaan, ia dapat mengawal selia aktiviti akses kepada sumber biologi dan pengetahuan tradisi berkaitan kegunaan sumber biologi selain menangani masalah "biopiracy."
Tambahnya, ia juga bertujuan memastikan faedah yang terhasil dikongsi secara adil dan saksama selaras dengan agenda negara menjana kekayaan baharu daripada sumber biologi.
"Dengan undang-undang ini, kita boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba mencuri hasil daripada hutan dan alam sekitar kita untuk tujuan dieksploitasi dan dijual di luar negara.
"Kadang-kadang ada orang yang masuk menerusi universiti kita, dia buat kajian menggunakan sumber daripada hutan kita, selepas itu ia dipatenkan di luar negara dan negara kita kerugian daripada segi itu. Jadi sekarang apabila undang-undang ini diluluskan nanti, kita boleh ambil tindakan ke atas mereka," kata Wan Junaidi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan mengenai Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (ABS), di sini, hari ini.
Persidangan yang dihadiri kira-kira 120 wakil kerajaan persekutuan dan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan penyelidikan itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai ABS sebagai persediaan negara dalam melaksanakan Undang-undang Kebangsaan ABS apabila ia diterima pakai kelak.
Penggubalan rang undang-undang berkenaan juga selaras dengan komitmen negara di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) iaitu perjanjian antarabangsa mengenai pemuliharaan kepelbagaian biologi.
Tan Su Lin
Mon Sep 05 2016

WAN JUNAIDI: Dengan undang-undang ini, kita boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba mencuri hasil daripada hutan dan alam sekitar kita untuk tujuan dieksploitasi dan dijual di luar negara. -Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Master of torque Yamaha MT-09 versi 2021 telah tiba!
Terdapat beberapa aspek penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap MT-09 ini iaitu rupa bentuk dan kapasiti enjinnya.

Undang-undang lindungi biodiversiti negara dibentang di Parlimen tahun depan
Dengan adanya undang-undang berkenaan, ia dapat mengawal selia aktiviti akses kepada sumber biologi dan pengetahuan tradisi berkaitan kegunaan sumber biologi selain menangani masalah "biopiracy."