Undang-undang pencegahan yang ada di Malaysia merupakan senjata ampuh yang berkesan dalam memerangi keganasan selain mencegah kemungkinan berlakunya keganasan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata negara memerlukan kuasa undang-undang tertentu seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang keganasan.
"Tidak ada maknanya kita bertindak selepas sesuatu kejadian berlaku. Ini model yang kita guna pakai di Malaysia dan (ia) sangat berkesan," katanya kepada media Malaysia di sini, Sabtu.
Beliau berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang antara lain membincangkan hala tuju masa depan dan kerjasama antara ASEAN dan Australia.
Najib berkata walaupun adanya pasukan polis dan pasukan keselamatan yang gigih mengesan dan memberkas pihak yang mungkin mempunyai kaitan dengan ektremisme ganas, negara masih memerlukan undang-undang yang bersifat pencegahan.
"Ini kita telah buktikan...bila ada kuasa undang-undang yang boleh dikenakan kepada mana-mana individu yang kemungkinan besar lakukan jenayah seperti keganasan, maka, tindakan itu sangat berkesan.
"Setakat ini, Alhamdulillah, tak ada seorang pun yang terkorban dalam kejadian keganasan di Malaysia. Kita sebagai kerajaan beriltizam untuk pastikan keadaan ini akan berterusan," kata perdana menteri.
Najib juga merupakan wakil tunggal ASEAN yang dijemput berucap pada majlis penutup Persidangan Pencegahan Keganasan, yang merupakan sebahagian daripada sidang kemuncak itu, bagi berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani keganasan.
Katanya beliau telah mengetengahkan model yang diguna pakai Malaysia dalam mengekang keganasan, yang setakat ini menunjukkan keberhasilan dan menjamin keselamatan negara.
"Kita telah jadikan Malaysia selamat untuk rakyat Malaysia dan rakyat asing, dan saya katakan (begitu) sebab kita ada kuasa perundangan tertentu," katanya.
Perdana Menteri berkata dalam ucapannya itu, beliau turut membangkitkan mengenai 'medan perang baharu' dalam media sosial bagi memastikan kemampuan negara dalam mengetengahkan kandungan yang lebih menyakinkan dan berkesan untuk mempengaruhi terutamanya golongan muda.
"Ini tentang kenapa perlu tolak ideologi Daish dan kefahaman ekstrem dan mereka (golongan muda) hendaklah hayati apa Islam sebenar atau 'the authentic Islam'. Usaha kita dalam aspek ini adalah 'the new battleground' yang perlu kita beri tumpuan lebih," kata beliau.
Pada majlis penutupan persidangan itu, para pemimpin menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ASEAN dan Australia berhubung Kerjasama Antarabangsa Bagi Memerangi Keganasan.
Terdahulu, Najib dan para pemimpin ASEAN lain diberi sambutan rasmi oleh Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull sempena sidang kemuncak itu.
Mereka kemudian menghadiri sesi jamuan teh Rancangan Colombo Baharu di mana semua ketua negara dan kerajaan ASEAN mengadakan perjumpaan dengan pelajar Australia yang melanjutkan pengajian di bawah rancangan itu.
Sebelum sidang kemuncak itu bermula, Najib mengadakan pertemuan dua hala dengan Turnbull di mana mereka berbincang mengenai pelbagai bidang termasuk ekonomi, pertahanan, keselamatan, pelancongan dan pendidikan.
Najib berkata hubungan perdagangan menunjukkan peningkatan dan berharap ia dapat diteruskan dalam pelaburan terutamanya untuk menarik pelabur Australia ke Malaysia memandangkan ketika ini, nilai pelaburan Malaysia di Australia adalah lebih banyak berbanding pelaburan Australia di Malaysia.
"Kami juga bincang isu serantau dan antarabangsa seperti situasi di Semenanjung Korea, soal Rohingya, selatan Laut China Selatan dan selatan Filipina. Juga ditekankan soal memerangi keganasan. PM Australia berharap perkara ini dapat dipertingkatkan terutama dalam aspek perkongsian risikan.
"Dalam soal Rohingya, beliau (Turnbull) turut berasa bimbang...beliau tidak melihatnya sebagai isu umat Islam atau isu kemanusiaan semata-mata.
"Kami juga senada tentang potensi kemungkinan Daesh merekrut penyokong daripada kalangan pelarian dan mereka yang ditindas. Apa yang membimbangkan sekarang adalah elemen keselamatan yang boleh menjadi ancaman pada masa depan," kata perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 17 2018
![Undang-undang pencegahan senjata ampuh perangi keganasan - PM Undang-undang pencegahan senjata ampuh perangi keganasan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521294378_NajibTunRazak.jpg)
Undang-undang pencegahan yang ada di Malaysia merupakan senjata ampuh yang berkesan dalam memerangi keganasan cegah keganasan, kata Perdana Menteri. - Foto Bernama
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738926925_TBASEAN.jpg)
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
![Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738935944_MalaysiaSarongMusi.jpg)
Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.
![Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738896678_TBgrabgoto.jpg)
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
![ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737274407_MohamadHasan.jpg)
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
![Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738636326_TBAgong.jpg)
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738735872_LiewChinTong.jpg)
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
![Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708872868_BarjoyaiBardai.jpg)
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
![DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738656886_DNBericssongobin.jpg)
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.