Kerajaan akan meminda atau mewujudkan undang-undang baharu, termasuk kod etika sedia ada bagi membolehkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan barisan Menteri Kabinet turut ditakrifkan sebagai pegawai pentadbiran awam.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana ahli-ahli politik yang menjadi anggota jemaah Kabinet sekiranya mereka terlibat dalam gejala rasuah.
"Sebelum ini, ada keputusan yang menyifatkan Perdana Menteri bukan anggota pentadbiran awam. Kami (Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah) memutuskan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah anggota pentadbiran awam termasuk ahli-ahli Kabinet yang lain," kata Dr Mahathir.
“Dan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika memiliki aset yang tidak dapat dijelaskan bagaimana dapat aset itu,” katanya kepada sidang media selepas selesai mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
Mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, “Pegawai Badan Awam” bermaksud mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.
Turut ditakrifkan ialah mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam, dan jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu.
Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi mendapatkan kebenaran merayu dalam kes samannya yang mendakwa Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Tun Razak), melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara bersetuju dan menerima keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan bahawa Najib bukan penjawat awam.
Mengulas mengenai cadangan pewujudan Akta Pembiayaan Politik, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang melihat cara negara-negara lain menangani isu itu, termasuk undang-undang yang mereka gunakan.
“Pembiayaan politik itu perlu, parti-parti politik memang memerlukan dana, pilihan raya juga memerlukan dana. Namun, persoalannya dari mana dana itu datang. Kebiasaannya ia datang dari sama ada ahli parti tersebut atau penyokongnya.
“Tetapi, jika dalam situasi penyokong itu memberi dana dengan harapan, apabila parti itu menang, dia akan mendapat faedah daripada kemenangan itu, maka perbuatan itu adalah rasuah," jelas beliau.
Firdaus Azil
Mon Jul 09 2018

DR MAHATHIR: Langkah ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana ahli-ahli politik yang menjadi anggota jemaah Kabinet sekiranya mereka terlibat dalam gejala rasuah. -Gambar fail

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Pelaksanaan AIP, APP: Keazaman pemimpin, parti politik tidak jelas - MBM
Antara klausa yang dicadangkan di dalam AIP adalah Ahli Parlimen yang melompat parti perlu meletak jawatan bagi diadakan pilihan raya baharu.

Akta Pembiayaan Politik bukan aniaya parti - Akhbar Satar
Penggubalan Akta Pembiayaan Politik memastikan undang-undang itu kelak bukan bertujuan menganiaya mana-mana parti politik.

Pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletak di bawah pengawasan ERC - SPR
Laporan pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletakkan di bawah pengawasan ERC yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

SPR patut desak kerajaan percepatkan Akta Pembiayaan Politik - Akhbar Satar
Parti-parti politik di negara ini baik daripada Pakatan Harapan mahupun pembangkang masih berdolak-dalih untuk melaksanakan Akta Pembiayaan Politik.

Pas sokong usaha PH gubal Akta Pembiayaan Politik
PAS dan beberapa parti politik lain telah menghantar memorandum kepada kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) berserta beberapa cadangan untuk mewujudkan akta itu.

Undang-undang rasuah: PM, TPM tidak terkecuali - Dr Mahathir
Kerajaan akan meminda atau mewujudkan undang-undang baharu, termasuk kod etika sedia ada bagi membolehkan PM, TPM dan barisan Menteri Kabinet turut ditakrifkan sebagai pegawai pentadbiran awam.