PIHAK kerajaan telah mengumumkan Pindaan Perlembagaan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 11hb April 2022.
Tujuan Pindaan Perlembagaan tersebut adalah untuk membolehkan Penggubalan Undang-undang Anti Lompat Parti.
Namun demikian, Pindaan Perkara 10 menyebabkan beberapa isu besar yang akan memberikan implikasi jangka masa panjang kepada kesihatan demokrasi negara Malaysia.
1. Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa yang terlalu luas kepada kerajaan untuk menentukan keahlian parti untuk Ahli Parlimen, maka terbuka kepada salah guna kuasa.
Pindaan Perkara 10 tidak khusus kepada isu lompat parti. Pindaan Perkara 10 akan memberikan “cek kosong” kepada mana-mana kerajaan yang akan datang untuk mengawal penyertaan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam parti politik.
Contohnya, tidak mustahil jika peraturan diletakkan untuk memecat ahli politik dari parti politik jika mereka pernah disaman ataupun pernah ditahan polis bawah mana-mana akta ditentukan pihak kerajaan.
2. Pindaan Perkara 10 ini tidak membawa kepada Akta Lompat Parti secara langsung. Pindaan Perlembagaan masih diperlukan untuk Perkara 48; dimana termaktub sebab-sebab seseorang ahli Dewan boleh dilucutkan kerusi Parlimennya.
Tanpa pindaan terhadap Perkara 48, apa-apa Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti yang memaksa Ahli Parlimen mengosongkan kerusi Parlimen masih tidak selari dengan Perlembagaan.
3. Pindaan Perkara 10 tidak mampu menghalang peristiwa seperti tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (Langkah Sheraton) dan tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional berulang kembali.
Kedua-dua kejadian ini disebabkan oleh parti politik kerajaan memilih untuk menukar arah dan meninggalkan kerajaan.
Justeru, UNDI18 menyokong cadangan kumpulan masyarakat sivil, BERSIH, dan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mengusulkan pilihan raya pecat (recall elections) sebagai langkah penyelesaian lebih jitu.
Kesimpulannya, silap besar jika Pindaan Perlembagaan kepada Perkara 10 diluluskan. Kerajaan yang berkepentingan sendiri boleh menghadkan keahlian parti politik, hanya dengan kuasa legislatif dan keputusan keselamatan yang diambil tanpa apa-apa semak dan imbang atau penyeliaan.
Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Janganlah terlanjur berikan kuasa tanpa batas kepada Kerajaan, baru menyesal di kemudian hari.
Kenyataan Media
Sat Apr 09 2022

UNDI18 menyokong cadangan kumpulan masyarakat sivil, BERSIH, dan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mengusulkan pilihan raya pecat (recall elections) sebagai langkah penyelesaian lebih jitu.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.

PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.

Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.

Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.

Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.

PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.

PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein

PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.