MALAYSIA merupakan sebuah negara yang unik kerana memiliki pelbagai bangsa, budaya dan agama.
Kepelbagaian ini sejak sekian lama telah menjadi kekuatan dan tunjang kepada perpaduan dalam kalangan rakyat.
Ia juga telah menyaksikan banyak perkahwinan campur antara kaum atau etnik yang berlaku, malah tidak menjadi perkara pelik di negara ini.
Justeru, untuk mengetahui sama ada sama ada anda mempunyai darah campuran hasil perkahwinan campur, satu undian telah dijalankan selama 24 jam di Twitter Astro AWANI pada 14 Oktober lalu.
Undian dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi program KPN Semarak Uniti itu menunjukkan seramai 559 responden mengambil bahagian, dengan hampir 60 peratus mengatakan mereka mempunyai darah lain-lain campuran.
Sebanyak 31.7 peratus menyatakan mempunyai darah campuran Melayu-Cina; 9.1 peratus campuran Melayu-India dan tiga peratus campuran Cina-India (Chindian).
Menerusi undian berkenaan juga, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur adalah antara acuan yang membentuk kepelbagaian kaum di negara ini.
Ia juga menjadi antara faktor yang membentuk masyarakat saling bertoleransi, mengenali budaya dan pantang larang, serta menerima perbezaan masing-masing.
Mereka yang berdarah campuran ini juga dikatakan lebih berfikiran terbuka dan berpengetahuan luas terutama dalam soal budaya, adat dan makanan.
BACA: Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa
Sementara itu, satu lagi undian turut dijalankan bagi mengetahui lokasi yang sering menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Undian yang dimulakan pada 15 Oktober lalu selama 24 jam tersebut menyaksikan sebanyak 641 undian telah diterima, dan 39.2 peratus responden menyatakan mereka sering melihat kepelbagaian kaum di pasar malam.
Manakala, 27.6 peratus sering melihat kepelbagaian kaum ketika berkumpul di sekolah/kolej; 25.9 peratus di stadium dan 7.3 peratus lagi dalam majlis perkahwinan.
Selepas 65 tahun mengecapi kemerdekaan dan 59 tahun berada dalam sebuah keluarga besar Malaysia, kepelbagaian yang ada ini haruslah terus diurus dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Ia juga perlu diraikan agar masyarakat dapat terus hidup bersatu padu dan muhibah.
Di samping itu, keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni di negara ini juga telah menjadi antara tarikan para pelancong untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia.
Tidak perlu dinafikan, inilah sumbangan besar penubuhan Malaysia yang telah dikenali di seluruh dunia.
Ehsan A Marisah
Wed Oct 19 2022

Kepelbagaian yang ada di negara ini perlu diraikan agar masyarakat dapat terus hidup bersatu padu dan muhibah. - Foto Bernama

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Undian KPN Semarak Uniti: Kahwin campur antara acuan erat perpaduan kaum
Mereka yang berdarah campuran ini juga lebih berfikiran terbuka dan berpengetahuan luas terutama dalam soal budaya, adat dan makanan.