Orang ramai khususnya di media sosial tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memperkenalkan kenderaan tuk-tuk sebagai penyelesaian lebih murah bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Menerusi satu undian yang dilakukan Astro AWANI pada Selasa, sebahagian besar pembaca bersetuju penggunaan tuk-tuk tidak bersesuaian digunakan di jalan bandar kerana hanya akan menambah kepada masalah kesesakan jalan raya.
Antara alasan yang diberikan orang ramai ialah "menambahkan lagi traffic jam", "mencemarkan imej bandar", "menyusahkan pengguna jalan", "kurang selamat" dan "ketinggalan zaman".
Berdasarkan peratusan undian, seramai hampir 33 peratus merasakan langkah itu 'amat tidak sesuai', 17.05 peratus merasakannya 'tidak sesuai', manakala kira-kira 30 peratus merasakannya 'amat sesuai', hampir 13 peratus merasakannya 'sesuai' dan selebihnya 'neutral.
Selain itu, kebanyakan mereka turut menyeru kerajaan supaya meningkatkan kecekapan perkhidmatan sedia ada termasuk bas, teksi, komuter, LRT dan juga monorel.
Dalam pada itu, para pengguna Facebook di laman akaun Astro AWANI turut memberikan pandangan mereka yang berbeza-beza.
"Ada lebih baik galakkan orang guna basikal atau basikal elektrik yang boleh diguna di kaki lima," kata Shahrul Azli.
Bagi Edith William Nesbit pula, sekiranya tuk-tuk digunakan, ia perlulah diberi reka bentuk yang lebih moden.
Menurut Edith, agak menyedihkan jika reka bentuk yang digunakan adalah yang lama.
Seorang lagi pengguna Facebook, Farrah Sofea berpendapat bahawa penggunaan tuk-tuk di jalan raya adalah berbahaya kerana dikhuatiri akan dilanggar oleh kenderaan yang lebih laju.
"Tidak perlu, lagi pun rasanya bahaya naik tuk-tuk ni sebab kecil dan takut kena langgar dengan kenderaan lain yang dipandu laju," katanya.
Sementara itu, terdapat juga pihak yang bersetuju dengan penggunaan tuk-tuk dengan alasan bahawa ianya mesra alam dan menjimatkan.
Selain itu, terdapat segelintir pembaca mencadangkan agar ianya dicuba di beberapa kawasan dahulu sebelum diberi penilaian.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar baru-baru ini memberikan cadangan untuk memperkenalkan tuk-tuk sebagai penyelesaian yang lebih murah, lebih-lebih lagi dengan kemungkinan kenaikan tambang teksi tahun ini.
Pihak SPAD bercadang untuk memperkenalkannya menjelang akhir tahun ini.
Tuk-tuk merujuk kepada kenderaan roda tiga bermotor yang popular digunakan sebagai pengangkutan awam di kota-kota pelancongan seperti Bangkok, Thailand.
Di Jakarta, kenderaan yang lebih kurang sama dipanggil ojek atau bajai.
Haider Yutim
Wed Jan 14 2015

Rata-rata dari mereka merasakan ianya tidak sesuai kerana akan menambahkan lagi 'masalah'. Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.

Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming
Perkara itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksana dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan.

Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.

Penduduk bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada 2040
Setiap bandar perlu mengambil tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim yang bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia juga.

Kerajaan akan pastikan mekanisme pemberian subsidi petrol sesuai dan mudah di bandar, luar bandar - Tengku Zafrul
Kerajaan masih menguji mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar untuk memastikan sistem yang akan diguna pakai sesuai dan mudah di kawasan bandar dan luar bandar.

Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak
Usaha-usaha tersebut sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang sama oleh semua pihak dapat membangunkan bandar-bandar di negara ini setanding bandar di luar negara.

Negeri Sembilan, Melaka, Perlis catat skor tinggi bandar Bahagia
Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh PLANMalaysia sebagai negeri 'Bahagia'.

Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak
Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata.

Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar
Ia jadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.

Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18
Tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah, satu sistem safeguard perlu dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi persempadanan.