KUALA LUMPUR: Berikutan keadaan cuaca yang ekstrim di beberapa kawasan di dunia, pakar mahu Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa para pemimpin dunia supaya mengambil tindakan segera ke atas perubahan iklim pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.
Profesor dan Pengarah Eksekutif Pusat Kesihatan Planetari Sunway Centre Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata kesepaduan sangat diperlukan ketika krisis kali ini, bagi memacu transformasi global ke arah ekonomi planetari baharu.
"Kita perlukan para pemimpin dunia untuk mengesahkan mengenai perlunya kita menurunkan suhu, kita perlu kekalkan bahan api fosil di tempatnya.
"Kita perlu segera beralih kepada bentuk ekonomi baharu. Saya harap beliau (perdana menteri) akan bersuara lantang dan jelas," katanya pada bual bicara The Nation Bernama TV, semalam.
Ismail Sabri dijangka berucap pada UNGA ke-77 pada 23 Sept.
Jemiah berkata Malaysia sudah membuktikan komitmennya terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menerusi penubuhan Pusat SDC Nasional, yang bermatlamat memperkasa dan meningkatkan program ke arah masa depan negara yang lebih baik dan mampan.
"Belum ada pusat seumpama ini di rantau ini. Oleh itu saya berpendapat perdana menteri wajar bangga untuk menyatakan bahawa negara ini sudah melabur dalam bidang ini serta komited memandangkan ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Kita perlu tunjuk kepada dunia cara melakukannya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pakar, Peter Nicol berkata Malaysia mampu meletakkan negara ini sebagai peneraju dunia dari segi agenda hijau (mesra alam) dan tenaga boleh baharu.
Namun, penganalisis global berkata kunci kepada pembangunan mampan ialah kesediaan setiap kerajaan untuk menjayakan agenda berkenaan.
"Ini kerana kunci kepada kejayaannya bukan terletak di tangan PBB. Ia boleh ketengahkan, beri amaran dan boleh memberi penyelesaiannya.
"Namun, terpulang kepada setiap kerajaan, yang bertanggungjawab untuk mengambill maklum dan bertindak melaksanakannya di negara masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Ismail Sabri dijangka berucap pada UNGA ke-77 pada 23 Sept. - Gambar fail/ Bernama
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.