Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan mula dibuka di Kampus Putrajaya dengan pengambilan pertama seramai 800 pelajar, September ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berkata buat permulaan, kumpulan pelajar berkenaan akan mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama melibatkan kursus kemahiran dan vokasional.
"UniMara merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diwujudkan menerusi perancangan teliti Mara dalam membantu kaum Bumiputera di luar bandar mempertingkatkan taraf pendidikan mereka," katanya.
BACA: Najib umum lima inisiatif baharu perkasa MARA
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Pelajar Cemerlang Mara di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut di sini pada Rabu.
Turut hadir Pengarah Mara Terengganu, Salimi Yusuf dan Pengarah Mara Kelantan, Ismail Abdullah.
Annuar berkata walaupun UniMara merupakan sebuah IPTS, segala kos pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata universiti itu merupakan salah satu fokus utama kementerian dalam pelan transformasi luar bandar bertujuan melahirkan pemimpin masa hadapan dalam kalangan penduduk luar bandar.
Beliau berkata UniMara akan memfokuskan kepada beberapa bidang, antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.
Pada majlis itu, Annuar menyampaikan bantuan kepada 112 pelajar cemerlang MRSM dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kelantan dan Terengganu, yang terpilih melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, kejuruteraan, akauntan dan seni bina.
Pada tahun ini, katanya Mara melalui Bahagian Penganjuran Pelajaran turut menawarkan Pinjaman Pelajaran Mara kepada 11,844 pelajar dari seluruh negara untuk mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah di Institut Pendidikan di bawah kelolaan Mara.
"Daripada jumlah itu, 1,890 lepasan SPM dipilih menerima tawaran di bawah Program Pelajar Cemerlang dengan 795 pelajar akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Luar Negara, 350 orang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam negara dan 745 bagi program Diploma," katanya.
Bernama
Wed Jun 01 2016
![UniMara dibuka di Putrajaya September ini UniMara dibuka di Putrajaya September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435118597_MaraPCAnnuar.jpg)
ANNUAR: Membantu Bumiputera di luar bandar mempertingkatkan taraf pendidikan mereka.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
!['Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil 'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
![Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726381991_tbTanSriAnnuarMus.jpg)
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
!['MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa 'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725095290_TBANUARMUSA.jpg)
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
![Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724941120_TBMuafakatNasional.jpg)
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
![PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723198135_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
![Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723003506_AnnuarMusaNazriA.jpg)
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
![Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720253591_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
![Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716882697_bolasepakKelantan.jpg)
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
![Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712107602_AnnuarMusajpg.jpg)
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
![Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708770772_PADU.jpg)
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.