SHAH ALAM:Universiti Selangor (Unisel) membenarkan pelajarnya kekal berada di kampus bagi mengikuti aktiviti akademik sehingga peperiksaan akhir pengambilan semester sesi Julai/Ogos 2020 tamat.
Presiden merangkap Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kebenaran itu melibatkan khususnya pelajar yang telah berada dalam kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik.
"Namun, universiti membenarkan pelajar yang ingin pulang ke rumah masing-masing tetapi tidak dibenarkan kembali semula ke kampus sehingga dimaklumkan. Ia sebagai langkah universiti mengawal penularan pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagi pelajar yang tinggal di luar kampus pula, Mohammad Redzuan berkata mereka termasuk yang berada di Kampus Shah Alam diminta menangguhkan pertemuan secara bersemuka dan meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Selain itu, beliau turut meminta semua kakitangan dan pelajar menangguhkan sementara semua aktiviti secara berkumpulan dalam masa terdekat ini.
"Pengurusan Unisel akan terus memperketatkan lagi kawalan di semua pintu masuk universiti iaitu bagi Kampus Shah Alam dan Bestari Jaya mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020

Pengurusan Unisel akan terus memperketatkan lagi kawalan di semua pintu masuk universiti mengikut SOP ditetapkan. - Gambar fail

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Unisel benarkan pelajar sedia ada berada dalam kampus, tangguh aktiviti bersemuka
Kebenaran itu melibatkan khususnya pelajar yang telah berada dalam kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik.

Selangor suntik RM101.73 juta pada sektor pendidikan
Datuk Seri Azmin Ali berkata ia adalah bagi memperkasa kualiti pendidikan dan kemahiran berinovasi.