KUALA LUMPUR: Sime Darby Enterprise Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 61.18 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM3.57 bilion.
Susulan pengambilalihan itu, pegangan saham Sime Darby Enterprise dalam UMW telah meningkat daripada sifar kepada 714,813,100 saham UMW.
"Oleh itu, UMW telah menjadi anak syarikat tidak langsung Sime Darby," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Syarikat itu juga telah mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk membeli semua baki saham UMW yang belum dimiliki oleh Sime Darby Enterprise dan Sime Darby selepas pengambilalihan.
Dalam makluman berasingan, Sime Darby mengumumkan ketua pegawai kewangannya Mustamir Mohamad berundur daripada jawatannya untuk menyandang jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan UMW berkuat kuasa pada Rabu.
Mustamir menggantikan Datuk Seri Ahmad Fuaad Mohd Kenali.
Manakala Muhammad Noor Abd Aziz yang sebelum ini merupakan ketua pegawai kewangan Sime Darby Motors dari September 2020 hingga Oktober 2023 akan menggantikan Mustamir sebagai ketua pegawai kewangan Sime Darby.
Sementara itu, UMW berkata ketua pegawai eksekutif kumpulan Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson dan Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob telah menyertai lembaga pengarahnya.
Sebaliknya, Kartini Abdul Manaf dan Ahmad Adib Mukhtar meletakkan jawatan mereka sebagai pengarah dan pengarah gantian berkuat kuasa hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Susulan pengambilalihan itu, pegangan saham Sime Darby Enterprise dalam UMW telah meningkat daripada sifar kepada 714,813,100 saham UMW.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.

Perjalanan lancar bermula dengan Pennzoil, minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin.

Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'
Selama lebih 100 tahun, kumpulan itu telah menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berkembang, mempamerkan ketangkasan dan daya tahannya.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pusat Data Google: Sime Darby Property pemaju tunggal pertama di Malaysia laksana pajakan bina ikut kesesuaian
Pengaturan pajakan unik ini menandakan yang pertama dan satu-satunya yang seumpamanya setakat ini oleh pemaju di Malaysia.

Isu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
MBDK menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial.

Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.

Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.

Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.