Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar susulan penutupan institusi pengajian tinggi itu yang didakwa dibuat tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
Saman itu dikemukakan ke atas AiU, Ketua Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
Enam pelajar itu ialah Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.
Pelajar Tahun Satu hingga Tahun Tiga itu mendakwa mereka tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai penutupan universiti itu. Mereka juga mendakwa pihak pengurusan universiti itu telah gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh setahun seperti yang ditetapkan mengikut akta berkenaan.
"Dalam tempoh itu, ia dapat memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk merancang apa yang perlu dilakukan. Tapi dalam kes ini tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan, sebaliknya mereka hanya tahu secara lisan bahawa AiU akan ditutup Jun ini pada Februari lalu," kata peguam Fatimah Mohd Idros yang mewakili enam pelajar itu, seperti dipetik oleh Bernama.
Jelas Fatimah, tindakan UiA itu seolah-olah mendesak pelajar berkenaan keluar sehingga menyebabkan mereka mengalami gangguan fikiran dan menjejaskan prestasi dan masa depan.
Sementara itu, wakil enam pelajar itu berkata saman tersebut dibuat sebagai mewakili kepentingan seluruh pelajar AIU termasuk pelajar luar negara.
AiU ialah sebuah universiti berkonsepkan wakaf yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary yang diasaskan oleh ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh pada Isnin berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan pihak pengurusan AiU susulan rancangan universiti itu untuk menutup operasinya.
Katanya, perbincangan itu bagi mengenal pasti punca AiU mahu menghentikan operasi.
Jelas beliau, sekiranya rancangan itu diteruskan, kementerian akan mencari jalan bagi membantu warga kerja dan pelajar AiU termasuk menempatkan mereka di institusi lain.
Idris juga mengesahkan kementerian menerima surat daripada AiU memaklumkan tentang penutupan operasinya.
Astro Awani
Tue Apr 15 2014

Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU)
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan cadang peluasan fungsi sistem eCOSS
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..

Tokyo 2020: 10 atlet Nigeria hilang kelayakan
Bagaimanapun, atlet utama Nigeria - Berkat Okagbare, Tobi Amusan, Ese Brume, Divine Oduduru, dan Chukwuebuka Enekwechi - tidak terjejas.

Bekas pemegang rekod dunia Wilson Kipsang digantung sementara
Wilson Kipsang, berdepan penggantungan sementara kerana dakwaan melanggar undang-undang antidoping, demikian diumumkan Unit Integritit Olahraga (AIU).

Universiti Antarabangsa Albukhary tutup, enam pelajar saman universiti
Saman itu dikemukakan ke atas AiU, Ketua Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.