Universiti awam mengambil pelbagai langkah bagi mengelak penuntut daripada terjebak dengan kegiatan militan Daish, termasuk melakukan pemantauan terhadap akaun media sosial mereka.
Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Prof Dr Mohd Amin Jalaludin berkata pemantauan itu adalah satu daripada pendekatan berkesan bagi membanteras penyalahgunaan media sosial bagi tujuan keganasan dan merekrut anggota.
"Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti memantau akaun sosial penuntut seperti Facebook, Twitter dan Instagram menerusi Jawatankuasa Khas Pemantauan Aktiviti atau Kegiatan Ekstremis dan Pelampau Agama yang baru kami tubuhkan.
"Nama-nama pelajar yang disyaki terlibat dalam kegiatan Daish akan diserahkan kepada Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata terdapat sebilangan kecil mahasiswa mempunyai kecenderungan menyokong ideologi Daish.
Mohd Amin berkata UM bekerjasama rapat dengan polis dan akan memaklumkan kepada mereka sekiranya menerima laporan mengenai penuntut terbabit dalam kegiatan Daish.
Katanya UM juga mendidik penuntut mengenai bahaya kegiatan Daish.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata UUM menjalankan program penerangan mengenai ancaman dan bahaya Daish.
"Program ini dimulakan semester lepas dan akan diteruskan kepada penuntut yang akan masuk hujung bulan ini.
"Walaupun setakat ini tiada penglibatan pelajar UUM dalam sebarang kegiatan militan, program sedemikian masih diberi keutamaan supaya penuntut universiti dapat membezakan antara erti sebenar 'Daish' dan 'tuntutan agama' dari awal lagi," katanya.
Beliau berkata universiti tidak kompromi dalam menentang pengaruh Daish.
"Jika pelajar kami didapati terbabit dalam kegiatan militan, ia akan dimaklumkan kepada polis," tegasnya.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Datuk Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din pula berkata latihan yang membina patriotisme masih diberi keutamaan di UPNM.
"Setiap hari, semua penuntut akan menjalankan latihan patriotisme. Program penerangan konsep keselamatan negara dan ancaman Daesh turut diadakan.
Bernama
Fri Aug 26 2016

UM bekerjasama rapat dengan polis dan akan memaklumkan kepada mereka sekiranya menerima laporan mengenai penuntut terbabit dalam kegiatan Daish.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis
Srettha Thavisin berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya.

Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.

Kerana kuasa, harta dan kedudukan, rasuah dijadikan amalan hidup
Kesedaran masyarakat terhadap rasuah perlu tinggi dan menjadikan budaya dalam kehidupan bahawa memberi dan menerima rasuah merupakan satu perbuatan yang keji dan jijik.

Rasuah perlu dibanteras dari akar umbi - Hussamuddin
Rasuah perlu dibanteras dari akar umbinya kerana ia sudah menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia, kata Pengasas Kumpulan Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub.

Penyokong politik perlu berani tukar ketua terlibat rasuah - Hussamuddin
Negara kini memerlukan sistem organisasi baharu memandangkan yang ada sekarang sudah gagal untuk memerangi rasuah malah negara memerlukan orang baharu untuk memimpin juga.

Sinar Harian komited mahu banteras rasuah, tubuhkan Sinar Rasuah Busters
Demi membanteras gejala rasuah yang masih belum berkesudahan, Sinar Harian mengambil inisiatif menubuhkan 'Sinar Rasuah Busters'.

Polis perketat kawalan jualan peluru di Sabah, Sarawak - KPN
Langkah itu bagi memastikan kegiatan penjualan peluru kepada pemilik senjata api haram yang didakwa berlaku secara berleluasa dapat dibanteras.

1,000 pusat hiburan haram digempur Polis KL
Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan menggembur dan melakukan operasi besar-besaran ke atas pusat hiburan haram di ibu negara dalam waktu terdekat.

JPV diarah bertindak segera tangani rabies
DVS diarah untuk mencari jalan penyelesaian berhubung virus penyakit anjing gila atau rabies yang kini turut dikesan di Taiping, Perak.

Universiti awam ambil langkah banteras pengaruh Daish
Universiti awam mengambil pelbagai langkah bagi mengelak penuntut daripada terjebak dengan kegiatan militan Daish.