KUALA LUMPUR:Tidak seperti kebiasaannya, suasana di Kolej Kediaman Za'aba, Universiti Malaya (UM) lengang biarpun hari ini merupakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baharu.
Ia susulan penangguhan pendaftaran secara bersemuka bagi kemasukan pelajar sesi akademik 2020/2021, seperti yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Mengikut jadual, pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk kira-kira 4,000 pelajar, bagi mengisi minggu orientasi Week of Welcome (WOW) yang akan berlangsung bermula malam esok (Ahad) hingga Jumaat.
Namun penangguhan itu memaksa pihak universiti menjalankan semua aktiviti secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran, sehingga Disember depan.
Mengambil kira sebahagian pelajar yang sudah tiba awal sebelum notis dikeluarkan, pihak universiti memberi pilihan sama ada untuk terus berada di kampus atau pulang ke rumah.
"Kami faham, ada yang datang dari jauh dan terpaksa teruskan perjalanan. Sebab itu hari ini, kami tetap teruskan acara sambutan pelajar baharu.
"Boleh nampak pelajar-pelajar yang menjadi fasilitator sedikit terkilan kerana minggu ini sepatutnya berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi keadaan memaksa dan kami juga sedih dengan situasi ini.
"Yang masih berada di rumah, tak mengapa... boleh teruskan pendaftaran dan mengikuti semua aktiviti dan pembelajaran secara dalam talian.
"Yang sudah dalam perjalanan, boleh teruskan perjalanan dan kami sentiasa bersedia menerima kehadiran pelajar dan ibu bapa.
"Kalau ibu bapa nak bawa anak balik lepas mendaftar, silakan kerana pilihan di tangan anda," kata Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, Prof Ir Dr. Abdul Aziz Abdul Raman.
Dr Abdul Aziz juga memaklumkan, ibu bapa dan penjaga tidak perlu risau kerana kebajikan pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus akan sentiasa dijaga dan dititik beratkan.
Bagi pelajar yang sudah tiba awal, majoritinya memilih untuk terus berada di kampus kerana faktor capaian internet yang lebih baik, selain kemudahan lain yang disediakan pihak universiti.
"Ibu bapa nasihatkan saya teruskan saja duduk di sini kerana nak balik Sarawak memerlukan kos yang tinggi.
"Mereka tidak bimbang kerana UM juga menerima kehadiran pelajar, lagipun saya di kampus, bukan di luar," kata Siti Nur Izzah, 20.
"Saya dapat notis tentang penangguhan sebaik tiba di KLIA. Terus hubungi ibu bapa tetapi mereka nasihatkan teruskan saja di sini," kata Nura'zirah Roslan, yang mengakui tidak mempunyai perancangan untuk pulang ke kampung halaman di Sarawak buat masa ini.
Bagi Idores Razak, perancangan menghantar anak kembarnya ke UM diteruskan kerana persiapan sudah dilakukan lebih awal.
"Saya bertolak awal pagi tadi dari Batu Pahat. Semalam dah dapat notis tapi datang juga kerana persiapan sudah buat.
"Lagipun saya rasa anak-anak boleh belajar dengan lebih baik bila berada di kampus," katanya yang mengambil cuti untuk urusan pendaftaran anak-anaknya.
"Tak jangka langsung akan keluar notis penangguhan, jadi datang sahajalah asalkan ikut SOP," kata Nor Farihani Idores, pelajar kursus Sastera Sejarah.
"Saya lebih suka berada di kampus sebab suasana lebih kondusif. Kalau belajar di rumah, susah nak fokus.
"Lagipun berada di sini, saya boleh kenal ramai kawan dan bersemangat untuk belajar," kata Nor Farihana Idores, pelajar Sastera Pengajian Antarabangsa dan Strategik.
Penangguhan sesi fizikal atau bersemuka di institut pengajian tinggi dibuat KPT pada Khamis, susulan kenaikan kes positif COVID-19.
Madiha Abdullah
Sat Oct 03 2020

Para pelajar ditemani ibu bapa hadir untuk sesi pendaftaran. -Astro AWANI

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.

Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.

Universiti Tsukuba lancar kampus cawangan luar negara pertama di UM
Penubuhan Universiti Tsukuba, Malaysia (UTMy) itu membuktikan keyakinan diberikan kepada Malaysia khususnya dalam sektor pengajian tinggi.

Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.

Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'
Lebih 50 pelajar Universiti Malaya berpiket menggesa universiti itu memansuhkan 'zero balance policy'.

Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM
Bantuan telah diagihkan menerusi tiga pembayaran sama rata melalui e-dompet Touch 'n Go' pada sepanjang November dan Disember tahun lepas.

Pelajar UM wakil tunggal Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa YPWLC
Pemilihan Farah adalah selepas kejayaannya muncul sebagai juara di peringkat kebangsaan dalam Materials Lecture Competition (MLC) 2021.

Bidaan plat khas 'UM' dibuka mulai esok
Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan "UM" boleh dibida bermula esok, dengan harga bidaan minimum pada RM1,000.

Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
Berjuang menerusi saluran penulisan dan pendidikan, Ungku Aziz terus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ilmu adalah aset.

UM tangguh pendaftaran pelajar - Timbalan Naib Canselor
Universiti Malaya (UM) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.