KUALA LUMPUR: Universiti Tsukuba dari Jepun bakal membuka cawangannya di sini, iaitu kampus cawangan mereka pertama di luar negara, susulan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani kedua-dua negara hari ini.
MoC bagi pembentukan kampus cawangan itu ditandatangani antara Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun dan Kementerian Luar Jepun.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha untuk mewujudkan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia bermula sejak 2018 dan upacara pada Selasa menandakan kejayaan serta sempurnanya satu perjalanan yang hebat.
Beliau berkata selain mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun, kerjasama itu merupakan pengiktirafan penting kepada sektor pendidikan tinggi negara dan menjadi motivasi untuk bekerja lebih keras dalam memastikan standard pendidikan yang tinggi dan menjadi contoh.
"Pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Kuala Lumpur akan membantu kita mengukuhkan tiga perkara utama yang menggambarkan keunggulan sesebuah universiti, iaitu kecemerlangan akademik, jangkaan industri dan kematangan pengalaman," katanya ketika berucap sebelum menandatangani MoC.
Mohamed Khaled berkata kampus cawangan itu juga akan membuka jalan kepada syarikat Jepun dan pemain industri di Malaysia untuk mengorak langkah serta menyumbang kepada seluruh rantaian nilai pendidikan dan inovasi di Malaysia, terutama dalam penyelidikan serta reka bentuk kurikulum.
Tambahan pula, menurutnya Universiti Tsukuba mempunyai sejarah yang panjang dan tradisi ilmuan yang telah melahirkan beberapa Pemenang Hadiah Nobel, pemimpin dan para Olympian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Usaha untuk mewujudkan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia bermula sejak 2018 dan upacara pada Selasa menandakan kejayaan serta sempurnanya satu perjalanan yang hebat. - Foto BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.

KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.

Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.

Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.

Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.

KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir
Kementerian Pendidikan Tinggi sedang membantu dan memantau perkembangan lapan pelajar yang terlibat kemalangan di Port Said, Mesir.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).

KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.

Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis - KPT
KPT memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut UM baru-baru ini sudah membuah laporan polis dan siasatan sedang djalankan.