KUALA LUMPUR:Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 oleh kerajaan adalah anggapan yang dibuat berdasarkan jangkaan pembangunan ekonomi pada tahun depan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata anggapan pertama ialah melihat kepada bila vaksin untuk COVID-19 boleh didapati.
"Kami berpendapat pengkomersialan vaksin akan lebih cepat. InsyaAllah dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.
"Ekonomi global akan lebih baik dan Malaysia, yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, akan mendapat kesan positif berikutan ekonomi dunia berkembang," katanya pada sidang media di Bernama, hari ini.
Beliau berkata Malaysia menyaksikan ekonomi yang bertambah baik berikutan permintaan luaran pada suku ketiga tahun ini dan dijangka berterusan hingga tahun depan.
Tengku Zafrul berkata beliau optimis mengenai pertumbuhan ekonomi pada suku keempat yang akan bertambah baik berbanding suku kedua dan suku ketiga tahun ini.
Beliau berkata ini berdasarkan perkembangan yang lebih baik dalam aktiviti eksport dan sektor pembuatan.
Mengenai bantuan kepada golongan M40 dalam Belanjawan 2021, beliau berkata bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, kerajaan telah menaikkan Elaun Mencari Pekerjaan kepada sembilan bulan daripada enam bulan sebelum ini.
Katanya usaha melatih semula dan meningkatkan kemahiran turut diberikan peruntukan kira-kira RM1 bilion untuk kumpulan M40, iaitu pekerjaan dijamin selepas latihan semula selesai.
"Kerajaan turut mengumumkan pengecualian cukai yang dinaikkan kepada RM20,000 dan pengeluaran sebanyak RM500 daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Lestari selama 12 bulan.
"Kumpulan M40 juga boleh memohon lanjutan moratorium pinjaman dengan proses yang lebih mudah apabila mereka hanya perlu membuat pengisytiharan diri tanpa perlu mengemukakan bukti bahawa mereka telah kehilangan pekerjaan atau gaji mereka terjejas.
"Setakat ini, kira-kira 98 peratus permohonan daripada kumpulan M40 telah diluluskan," katanya.
Bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan, katanya manfaat untuk kumpulan M40 termasuklah penurunan kadar cukai pendapatan sebanyak satu peratus bagi mereka yang berpendapatan RM50,001 hingga RM70,000 dan pengurangan caruman KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus.
Katanya ini melibatkan RM9.3 bilion yang akan memberi kecairan tunai kepada ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 14 2020

Anggapan pertama ialah melihat kepada bila vaksin untuk COVID-19 boleh didapati. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Unjuran KDNK naik 6.5-7.5 peratus pada 2021 berdasarkan jangkaan ekonomi tahun depan
Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 oleh kerajaan adalah anggapan yang dibuat berdasarkan jangkaan pembangunan ekonomi pada tahun depan.