HUGO Lloris mempertahankan kelibat Antoine Griezmann daripada pengkritik sambil menegaskan penyerang Barcelona itu tetap merupakan watak penting buat Perancis.
Persembahan Griezmann menjadi bualan sejak 15 bulan terakhir selepas dia menyempurnakan perpindahan daripada Atletico Madrid ke Barca.
Pemain berusia 29 tahun itu gagal mewujudkan keserasian bersama skuad Catalan itu dengan gol terakhirnya dalam LaLiga -- satu dari sembilan yang dijaringkannya musim lalu -- menerusi kemenangan 4-1 di Villarreal, 5 Julai lalu.
Griezmann, yang mencetak gol ketika mereka membenam Ukraine 7-1, turut menemui penyudah dalam kemenangan 4-2 ke atas Croatia untuk kempen Liga Negara-Negara (UNL) tetapi menjelang pertemuan timbal balik di Zagreb awal pagi esok, dia sekali lagi menjadi mangsa kritikan terhadap pasukan kebangsaan.
Dalam keputusan terikat tanpa jaringan dengan Portugal, kelmarin -- bekas bintang Atletico Madrid itu memainkan peranan sebagai pemain nombor 10 dengan bergerak di belakang Olivier Giroud dan Kylian Mbappe -- tetapi hanya mampu melepaskan dua percubaan dan mencipta satu peluang buat rakan sepasukan.
Namun, dia melakukan 55 hantaran di kawasan lawan -- catatan terbanyak dalam kalangan pemain-pemain -- termasuk memberi tekanan ketika kehilangan bola dengan 11 kali berjaya menguasai semula permainan.
Kualiti seperti itulah pada pandangan Lloris menjadi elemen penting meskipun penyudah Griezmann pada masa ini kurang berbisa.
"Anda tidak boleh mempersoalkan pemain seperti Antoine Griezmann atas semua yang telah disumbangkannya dan segala yang dicurahkan bersama Perancis dalam beberapa tahun terakhir ini," kata penjaga gol Tottenham itu kepada wartawan, malam tadi.
"Semua pemain mempunyai tempoh pasang surut. Ada saat-saatnya anda akan lebih menyerlah berbanding yang lain. Ketika ini dia mengalami detik yang agak rumit di bahagian serangan tetapi apa pun, saya melihatnya sebagai seorang pemain yang sedia turun bertahan dan berjuang untuk pasukannya. Tidak syak lagi mengenai perkara itu.
"Kami harus terus berdiri di belakang dan membantunya juga. Dia memiliki keyakinan penuh daripada kami. Kami tahu dia mempunyai kemampuan untuk mencipta jurang pada detik yang sangat penting untuk Perancis.
"Ayuh kita semua bersabar tetapi bagaimanapun, Perancis hanya akan menjadi mantap sekiranya kami bersatu dan tidak menuding jari kepada mana-mana pemain."
Lloris turun menganggap kehadiran sebilangan penyokong Croatia di stadium esok akan menyemarakkan lagi perlawanan itu.
Astro Arena
Wed Oct 14 2020

Dalam keputusan terikat tanpa jaringan dengan Portugal kelmarin, Griezmann hanya mampu melepaskan dua percubaan dan mencipta satu peluang buat rakan sepasukan. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Lloris umum persaraan
Lloris membuat rekod 145 penampilan untuk Perancis dari 2008-22, mengetuai pasukan sebanyak 121 kali, yang juga satu rekod.

Piala Dunia Qatar: Kekalahan Perancis umpama perlawanan tinju - Lloris
Menurutnya, Argentina lebih bernasib baik kerana mampu tampil cemerlang di penentuan penalti berbanding pasukannya.

UNL: Lloris gesa pengkritik usah persoal Griezmann
Persembahan Griezmann menjadi bualan sejak 15 bulan terakhir selepas dia menyempurnakan perpindahan daripada Atletico Madrid ke Barca.

Kejam kalau Liverpool tidak ditabalkan juara - Lloris
Pasukan asuhan Jurgen Klopp itu menguasai puncak saingan dengan kelebihan 25 mata sebelum musim ini ditangguhkan sejak Mac lalu ekoran pandemik COVID-19.

Mourinho berdepan rekod tanpa kemenangan terburuk
Dua gol daripada Marcel Sabitzer, dibantu dengan kesilapan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris, Leipzig jelas pasukan yang lebih baik dalam penentuan ke suku akhir itu.

Kecederaan Lloris beri kesan besar kepada Tottenham - Pochettino
Kapten Spurs, Lloris, diberikan oksigen sebelum diusung keluar dari padang ketika babak awal pertemuan di Stadium Amex.

Kubu stadium baru Tottenham runtuh 'dihentak' Hammers
Tottenham tumbang di stadium baru kepada seteru London, West Ham sekali gus mengugat misi kekal dalam kelompok empat terbaik EPL.

Kane puji kebangkitan Spurs
Skuad kendalian Mauricio Pochettino hampir tewas buat kali ketiga dalam tempoh lapan hari selepas berdepan Burnley dan Chelsea, sementara Arsenal mendahului permainan menerusi jaringan Aaron Ramsey.

Pochettino malas layan khabar angin dikaitkan ke Real Madrid
Khabar angin yang hangat mengaitkan Madrid dengan bekas pengurus Espanyol itu timbul pada hujung minggu ketika kelibat Julen Lopetegui di Madrid semakin diragui.

Tewaskan Messi jadi titik tolak buat Perancis dalam Piala Dunia - Lloris
Perjuangan juara Piala Dunia itu mungkin berakhir dalam pusingan 16 ketika mereka ketinggalan 1-2 kepada finalis edisi 2014, Argentina.