KUALA LUMPUR: Hampir 450,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Rafah sejak 6 Mei lepas, susulan serangan bom yang berterusan oleh Israel, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
"Jalan-jalan kosong di Rafah ketika keluarga terus melarikan diri untuk mencari keselamatan.
"Orang ramai menghadapi keletihan, kelaparan dan ketakutan yang berterusan. Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan," katanya menerusi hantaran di platform media sosial X.
UNRWA turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan jalan-jalan kosong di Rafah.
Sementara itu, jurucakap UNRWA Louise Wateridge berkata kawasan pedalaman di Rafah kini menjadi "bandar hantu".
"Sukar untuk mempercayai terdapat lebih sejuta orang yang berlindung di sini hanya seminggu yang lalu.
"Keluarga telah bergerak sejauh mungkin ke arah barat, kini sampai ke kawasan pesisiran dan di sepanjang pantai," catatnya di platform X.
Perkembangan itu berlaku ketika kereta kebal Israel bergerak lebih jauh ke dalam Rafah pada Selasa, sampai ke beberapa kawasan kediaman di sepanjang sempadan selatan Gaza dan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan yang besar.
Pada Selasa, Ketua PBB Antonio Guterres sekali lagi mengulangi seruannya untuk gencatan senjata kemanusiaan segera bagi membolehkan penghantaran bantuan lebih banyak ke Gaza.
"Saya menegaskan kembali seruan saya untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza dan pembebasan semua tahanan. Saya mendesak agar pintu masuk Rafah dibuka dengan segera dan akses bantuan kemanusiaan di seluruh Gaza tanpa halangan," dalam hantarannya di platform X.
Sementara itu, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata pencerobohan darat dan pertempuran sengit juga terus dilaporkan di Kem Pelarian Jabaliya, bandar Gaza dan timur Rafah.
Terdahulu, Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Timbalan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Joyce Msuya berkata perang di Gaza telah menjadi "kesan moral terhadap hati nurani kemanusiaan kolektif kita" dan telah memasuki "satu lagi fasa yang mengerikan".
Menyifatkan Gaza sebagai "neraka bagi berjuta-juta orang yang terperangkap di bawah pengeboman tanpa henti," Msuya berkata mereka yang terselamat daripada kematian dan kecederaan "kini berisiko kehilangan nyawa kerana kekurangan makanan, air yang selamat, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan".
"Lintasan Rafah dan Kerem Shalom merupakan 'talian hayat' bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Kami juga memerlukan pihak berkuasa Israel untuk mematuhi kewajipan mereka bagi memudahkan akses yang selamat, cepat dan tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan dan pekerja kemanusiaan. Ini termasuk untuk UNRWA, yang telah menjadi tonggak utama dalam respons kemanusiaan di Gaza," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Gaza disifatkan sebagai "neraka bagi berjuta-juta orang yang terperangkap di bawah pengeboman tanpa henti". - X @UNRWA
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
PM Anwar tiba di Davos untuk hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025
Perdana Menteri tiba di Davos untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Malaysia, Belgium, EU sambut baik gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
PM Anwar berkata, semua pihak berasa lega apabila terdapat kesediaan Israel dan Hamas untuk mencari pendamaian.
Netanyahu rancang jumpa Trump, sifatkan “hari terbaik” mereka berdua akan tiba
PM Israel akan berkunjung ke Washington dalam masa terdekat untuk bincang normalisasi hubungan Israel dengan Arab Saudi, program nuklear Iran serta gencatan senjata.
Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung
Kartel dadah akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing dan dasar rasmi Kerajaan AS iktiraf hanya jantina lelaki dan perempuan.
"Zaman keemasan Amerika kini bermula”- Donald Trump
Kata Trump, beliau kembali ke White House sebagai Presiden AS ke-47 dengan "penuh keyakinan dan optimis."
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.
Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa
Sebanyak 95 trak bantuan telah memasuki lintasan sempadan itu, manakala trak lain sedang menunggu di lintasan Rafah untuk dibenarkan masuk ke Gaza.
UNRWA pindah beribu fail pelarian dari Gaza, Tebing Barat ke lokasi selamat
Philippe Lazzarini menegaskan bahawa "UNRWA adalah pemegang amanah kepada identiti dan sejarah pelarian Palestin."
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.