KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu jujur memainkan peranannya sebagai orang tengah kepada pihak terbabit dalam kancah konflik Israel-Palestin bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berterusan di rantau itu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini, yang menyeru masyarakat antarabangsa, terutama PBB memikul tanggungjawab penuh berdasarkan piagamnya dalam menyelesaikan konflik.
"Malaysia teguh menentang penindasan terhadap rakyat Palestin dan kekal mendukung perjuangan rakyatnya.
"Sokongan dan pendirian kami tidak berubah. Satu-satunya jalan keluar kepada konflik Israel-Palestin adalah melalui penyelesaian dua negara," katanya pada sidang kemuncak itu, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-37.
Perdana menteri mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dwitahunan itu, berlangsung sehingga Ahad.
Diadakan secara maya ekoran COVID-19, sidang kemuncak itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc selaku pengerusi ASEAN.
EAS terdiri 10 negara anggota ASEAN, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 14 2020

Malaysia teguh menentang penindasan terhadap rakyat Palestin dan kekal mendukung perjuangan rakyatnya. -Gambar fail
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan Presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Januari 2025.

UNSC adakan sidang tergempar berhubung serangan Israel ke atas hospital di Gaza
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Jan 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

CAF 2024: 'Kuasa veto harus dilarang dalam UNSC' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penggunaan kuasa veto dalam UNSC dilarang terutama dalam kes kekejaman dan kemanusiaan berskala besar.

Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.

Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.

UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.

Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.

UNSC: Beri negara Selatan Global peranan lebih besar - Putin
Negara Asia, Afrika dan Amerika Latin perlu diberikan peranan lebih besar dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

UNSC bimbang pos pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan diserang Israel
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin menggesa semua pihak agar menghormati keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman PBB di Lubnan.