Kerajaan sentiasa mengawal dan mencegah unsur-unsur pluralisme agama dalam negara supaya dapat dibatasi dengan sebaik-baiknya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai usaha terancang bagi menggugat dan mencabar hak kebebasan yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Katanya, ia bukan sahaja digerakkan oleh kelompok-kelompok tertentu dalam negara dengan kemudahan dan sokongan media baru, malah gerakan itu juga mendapat sokongan kelompok liberal antarabangsa.
"Bayangkan, gerakan mencabar keutuhan kesusilaan ajaran Islam ini dapat kita lihat dengan jelas menerusi penganjuran beberapa program yang mempromosikan budaya kebebasan melampau oleh kumpulan yang bertopengkan perjuangan hak asasi manusia dan anti-diskriminasi yang dipelopori pertubuhan bukan kerajaan tertentu.
"Ini khususnya melalui tekanan yang dikenakan terhadap negara kita untuk tunduk dan mengikut apa yang kononnya dikatakan sebagai 'international standards and laws'.
"Ini bagi membenarkan amalan kebebasan manusia secara mutlak serta bertentangan dengan prinsip serta ajaran Islam, nilai tradisi masyarakat negara ini, dan semangat Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Jamil Khir berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, di sini pada Ahad yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Sambutan kali ini bertemakan "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah", bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat, bekerjasama serta saling menghormati dan menerima, yang menjadi asas kepada keharmonian sesebuah negara.
Jamil Khir berkata Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum lain kerana Islam telah mengatur prinsip-prinsip semua bidang kehidupan umat manusia termasuk konsep hubungan dengan penganut agama lain.
"Dalam soal memelihara keharmonian agama, umat Islam dan bukan Islam mempunyai peranan yang sama penting.
"Di pihak bukan Islam, sebarang tuntutan yang ingin diajukan perlulah munasabah dan rasional untuk mengelakkan apa jua pertembungan yang boleh merugikan semua pihak," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 11 2016

Jamil berkata sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai usaha terancang bagi menggugat dan mencabar hak kebebasan yang dibenarkan oleh syariat Islam. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA beri impak positif terhadap persekitaran, penuntut
Penglibatan pelajar tahfiz dalam pengajian bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej KEDA dilihat memberikan impak positif terhadap persekitaran dan penuntut lain.

KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.

KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023
Peruntukan itu membabitkan pembinaan rumah sampah, pembelian tong roro, pendedahan serta latihan kepada penduduk di 12 Desa KEDA.

Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.

PRU15: BN setuju beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai
BN bersetuju untuk memberi laluan kepada calon PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.

Muktamar Pas: Dakwaan UMNO tidak dijemput, Takiyuddin tampil dengan bukti
Takiyuddin mendedahkan bukti berbentuk surat jemputan yang dihantar terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Muktamar Pas: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO.

UMNO Kedah sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga tamat penggal
ketetapan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Ismail Sabri yang juga untuk memulihkan ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial.

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Pentadbiran Negeri Kedah bakal bertukar?
Pertemuan ini dilihat menyusuli kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya pada Rabu, yang yakin parti itu akan mengambil alih pentadbiran negeri.