JOHOR BAHRU: Peningkatan kes sehingga melebihi 30,000 pada hari ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan negara masih berada dalam gelombang Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Tegas Khairy, untuk hidup bersama COVID-19, masyarakat perlu terima hakikat bahawa akan berlaku turun dan naik kes.
Namun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, setakat ini jangkitan terhadap pesakit berada pada tahap terkawal memandangkan lebih 99.4 peratus adalah ketagori satu hingga tiga.
"Jadi, saya selalu tengok kepada angka kemasukan ke hospital sama ada kita cukup atau tidak. Saya baru sahaja bersama Pengarah Kesihatan Negeri, dan tanya Johor nampaknya ada peningkatan kes, macam mana hospital kita. Saya dapat laporan setiap hari dan ia masih terkawal.
"Maksudnya katil, ICU (unit rawatan rapi) dan alat bantuan pernafasan mencukupi.
"Sebab kita nak hidup dengan COVID-19 kita kena terima hakikat bahawa kes akan turun naik. Adakalanya meningkat dan sekarang ini gelombang Omicron, jadi saya tidak terkejut ia sampai ke 30,000 lebih," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Gelang Patah, di sini pada Sabtu.
Berbeza dengan gelombang Delta yang melanda negara tahun lalu, beliau berkata kesan kepada jangkitan kes adalah berbeza.
"Kalau ramai masuk hospital, ramai meninggal, ramai masuk ICU, kita balik macam tahun lepas iaitu gelombang Delta, nak kena sekat sana sini.
"Tetapi saya nampak kesan dia lain sekarang dan ini pandangan daripada pakar juga yang menyatakan kepada saya," tambah Khairy.
Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan KKM menerima sumbangan peralatan perubatan berjumlah lebih RM28 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang disempurnakan di Istana Pasir Pelangi petang tadi.
"Antara sumbangan tersebut adalah mesin hemodialisis, mesin bantuan pernafasan.
"Ini adalah atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Amat Mulia Sultan Johor yang berkenan untuk menyempurnakan pengurnian tersebut, yang akan membantu bukan sahaja Jabatan Kesihatan Johor, tetapi akan diagihkan kepada negeri lain," ujarnya.
Berangkat sama dalam majlis pengurniaan tersebut ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 05 2022

Tegas Khairy, untuk hidup bersama COVID-19, masyarakat perlu terima hakikat bahawa akan berlaku turun dan naik kes. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.