KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd melonjak 565 peratus kepada RM2.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2021 berbanding RM433.62 juta setahun yang lepas.
Hasil meningkat 129 peratus kepada RM6.69 bilion daripada RM2.92 bilion, terutamanya disumbangkan oleh peningkatan purata harga jualan sarung tangan serta jumlah jualan.
Bagi suku keempat, keuntungan bersih naik 878 peratus kepada RM1.12 bilion daripada RM114.42 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil menokok 196 peratus kepada RM2.30 bilion daripada RM778.24 juta sebelumnya.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Hartalega berkata, kumpulan itu akan terus mengembangkan kapasitinya di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang.
Sehingga kini, enam daripada 10 barisan di Kilang 7 telah beroperasi, dan sebaik beroperasi sepenuhnya, kilang itu akan mengeluarkan kapasiti tahunan sebanyak 2.7 bilion keping.
Selain itu, pembinaan bagi pengembangan akan datang, iaitu NGC 1.5, sedang berjalan dan kumpulan itu menyasarkan untuk memulakan operasi barisan pertamanya pada Disember 2021.
"Rancangan pengembangan NGC 1.5 termasuk tambahan empat kilang pengeluaran, yang akan menyumbang sebanyak 19 bilion keping kapasiti terpasang tahunan.
"Dengan rancangan pengembangan ini, kapasiti terpasang tahunan kumpulan ini dijangka meningkat kepada 63 bilion keping dalam dua hingga tiga tahun akan datang," kata Hartalega.
Sementara itu, kumpulan itu juga telah memeterai perjanjian jual beli bagi pembelian kira-kira 101 hektar tanah di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Pembelian itu menandakan fasa baharu pertumbuhan Hartalega, dengan jumlah pelaburan berjumlah RM7 bilion bagi membina 16 buah kilang pembuatan yang baharu untuk 20 tahun akan datang.
Ditambah dengan pelaburan sebelum ini di Sepang (24 hektar) dan Banting (38 hektar), perolehan ini memungkinkan Hartalega merealisasikan rancangan pertumbuhan kapasitinya untuk mencapai 95 bilion keping menjelang 2027. - BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Hartalega berkata, kumpulan itu akan terus mengembangkan kapasitinya di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sektor sarung tangan getah hilang daya tarikan, Maybank IB saran 'jual' saham Hartalega, Kossan
Maybank Investment Bank (IB) Research menyemak turun penarafan bagi sektor tersebut kepada 'negatif' berbanding 'neutral' sebelum ini.

Saham sarung tangan bantu lonjakkan dagangan di Bursa Malaysia
Keuntungan yang diraih oleh Hartalega dan Top Glove membantu Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang ini untuk berada di dalam zon positif.

Untung bersih Hartalega melonjak kepada 2.89 bilion bagi tahun kewangan 2021
Untung bersih Hartalega melonjak 565 peratus kepada RM2.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2021 berbanding RM433.62 juta setahun yang lepas.

Pelaburan RM7 bil Hartalega di Bukit Kayu Hitam jadi pemangkin ekonomi negara - Tengku Zafrul
Hartagela rancang bina 16 fasiliti pembuatan sarung tangan getah di Bukit Kayu Hitam dalam 20 tahun, penjanaan 12 ribu pekerjaan baharu

Modus operandi sindiket penipuan pembekalan sarung tangan didedah
Ia bukan sahaja membabitkan penipuan kecil-kecilan membabitkan pembeli runcit, malah kini skalanya dipercayai semakin besar melalui skim jualan kononnya dari kilang.

Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.