KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam kenyataan pada Rabu, katanya keuntungan bersih dijangka meningkat sedikit berbanding 2023, yang diramalkan sebanyak AS$23.3 bilion (margin keuntungan bersih 2.6 peratus).
Menurut IATA, keuntungan operasi industri dijangka mencapai AS$49.3 bilion pada 2024 berbanding US$40.7 bilion pada 2023, manakala jumlah perolehan pada 2024 dijangka menokok 7.6 peratus tahun ke tahun untuk mencapai AS$964 bilion.
Bagaimanapun, pertumbuhan perbelanjaan dijangka lebih rendah kepada 6.9 peratus kepada AS$914 bilion.
"Kira-kira 4.7 bilion individu dijangka melakukan perjalanan pada 2024, angka tertinggi yang melebihi paras sebelum pandemik iaitu 4.5 bilion pada 2019," kata IATA
Permintaan tinggi terhadap perjalanan di samping kapasiti terhad disebabkan isu rantaian bekalan yang berlarutan seterusnya mewujudkan situasi bekalan dan permintaan yang menyokong pertumbuhan hasil.
Hasil penumpang pada 2024 dijangka meningkat sebanyak 1.8 peratus berbanding 2023.
Menggambarkan situasi bekalan dan permintaan terhad, tahap kecekapan adalah tinggi dengan faktor muatan dijangka mencapai 82.6 peratus pada 2024, menokok sedikit berbanding 2023 (82 peratus) dan sama seperti 2019.
Bagi volum kargo, ia dijangka mencapai 58 dan 61 juta tan, masing-masing pada 2023 dan 2024.
Perolehan kargo dijangka menyusut kepada AS$111 bilion pada 2024, merosot daripada paras tertinggi sebanyak AS$210 bilion pada 2021 dan melebihi perolehan AS$101 bilion pada 2019.
Sementara itu, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata, dengan mempertimbangkan kerugian besar yang dialami dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, keuntungan bersih berjumlah A$25.7 bilion yang dijangkakan pada 2024 merupakan lambang kepada daya tahan industri penerbangan.
"Orang ramai gemar melakukan perjalanan dan ini telah membantu syarikat penerbangan untuk kembali kepada tahap kesalinghubungan seperti sebelum pandemik. Peningkatan aspek pemulihan adalah luar biasa. Bagaimanapun, pandemik turut memberi impak buruk kepada sektor penerbangan dari segi pertumbuhan selama kira-kira empat tahun.
"Mulai 2024, prospek menunjukkan bahawa kita boleh menjangkakan lebih banyak corak pertumbuhan yang normal bagi penumpang dan kargo," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Menurut IATA, keuntungan operasi industri dijangka mencapai US$49.3 bilion pada 2024 berbanding US$40.7 bilion pada 2023. - Gambar fail/Astro AWANI
'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO, serta di Astro Citra dan Astro Ria.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Dua kawasan di Jagoi Babang di Kalimantan Barat terjejas
Banjir yang melanda Kalimantan Barat kini dilaporkan turut melanda kawasan sempadan Indonesia-Malaysia di Kota Jagoi Babang, daerah Bengkayang menurut ketua polis jagoi babang, asep maulana, ketinggian air di dua kawasan mencapai ketinggian tiga meter.
Pembebasan tebusan warga Thailand sentiasa dinantikan
Duta besar Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya berkata, pembebasan kelima-lima tebusan itu merupakan berita yang sentiasa dinanti-nantikan rakyat Thailand.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis tidak dirasai orang awam - Penganalisis
Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Prof. Farish Noor berkata ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara. Jelasnya, kegagalan ini terserlah melalui ketidakupayaan ASEAN untuk menerbitkan sebuah buku teks sejarah bersama yang standard.
Tebusan warga Thailand tiba di fasiliti kesihatan di Israel
: Lima tebusan warga Thailand yang dibebaskan hamas dilaporkan tiba Pusat Perubatan Shamir di Israel. Memetik Reuters, ini bagi membolehkan kelima-lima mereka menerima rawatan yang diperlukan.
Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga esok.
Petani Thailand langgar larangan bakar sisa tanaman dikenakan tindakan tegas
Kerajaan Thailand akan mengambil tindakan tegas kepada petani yang melanggar larangan membakar sisa tanaman yang menyumbang kepada pencemaran udara di negara itu.
Indonesia pertingkat fokus isu keselamatan makanan, ekonomi
Kabinet Merah Putih Indoensia yang diterajui Presiden Prabowo Subianto akan terus mempertingkatkan fokus kepada isu keselamatan makanan dan pertumbuhan ekonomi.
Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB
Lapangan terbang serantau dapat manfaat daripada trafik udara yang meningkat dengan penerbangan terus baharu ke destinasi seluruh Asia dan luar Asia.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA
Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih.
Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 123.6 peratus tahun ke tahun kepada 19.4 juta penumpang pada suku pertama 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).