KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM51.90 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 daripada RM22.14 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, KPJ menjelaskan, perolehan pula meningkat kepada RM828.98 juta daripada RM641.64 juta, kenaikan sebanyak 29 peratus, bagi tempoh yang sama.
"Keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi suku ini adalah sebanyak RM190.2 juta, 27 peratus lebih baik daripada RM150.3 juta yang dicatatkan pada suku sama sebelumnya.
"Keuntungan sebelum cukai pula menunjukkan prestasi cemerlang dengan RM77.6 juta, peningkatan sekali ganda daripada RM38.4 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022. Prestasi yang lebih baik ini didorong terutama oleh prestasi daripada segmen Malaysia," jelasnya.
Menurut KPJ, perolehan lebih tinggi sebanyak RM828.98 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2023 adalah susulan peningkatan lawatan pesakit dan kadar penghunian katil masing-masing kepada 821,126 pesakit daripada 786,421 pesakit dan 70 peratus daripada 48 peratus.
"Segmen Malaysia menyumbang peningkatan perolehan sebanyak RM182.1 juta pada suku ini kepada RM800.7 juta daripada RM618.6 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022. Kenaikan ini mewakili 97 peratus daripada jumlah kenaikan bagi syarikat ini," tambahnya.
KPJ kekal optimis dengan potensi pertumbuhan segmen pelancongan kesihatan dengan lebih banyak ketibaan pelancong dijangka pada 2023.
"Kami menjangkakan penstabilan beransur-ansur bagi peningkatan pasaran domestik. Tumpuan kami kekal kepada inisiatif yang bertujuan meningkatkan kecekapan, kapasiti tambahan operasi yang diperkenalkan pada 2022, dan meningkatkan intensiti perolehan dengan menyediakan perkhidmatan khusus," menurutnya.
Dividen interim satu peringkat sebanyak 0.65 sen bagi setiap saham biasa yang akan dibayar pada 4 Julai, 2023. - BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM51.90 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 daripada RM22.14 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sistem Kesihatan KPJ bukti transformasi berasaskan nilai - Dr Dzulkefly
Sistem Kesihatan KPJ yang dilancarkan pada Sabtu adalah simbol transformasi kepada landskap sektor kesihatan negara.

Hala tuju KPJ: Adaptasi teknologi semasa, tawar perkhidmatan perubatan holistik
KPJ turut menjalinkan kerjasama erat dengan rakan penyedia kesihatan lain bagi memperkukuh kedudukan kumpulan.

Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama
Perolehan KPJ pula meningkat kepada RM828.98 juta daripada RM641.64 juta, kenaikan sebanyak 29 peratus, bagi tempoh yang sama.

"Eh, ingat masih moratorium..." antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan
Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa memeriksa lesen memandu lebih-lebih lagi menjelang tarikh ulang tahun kelahiran.

Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia - KP N. Sembilan
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang didakwa bagi tujuan eksploitasi seks, Sabtu lepas.

KPJ Healthcare jual kepentingan dalam hospital Indonesia
KPJ Healthcare Bhd telah melupuskan kseluruhan 80 peratus kepentingan dalam operasi hospital pakar di Jakarta Barat, Indonesia.

Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik
Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd diniagakan tinggi hari ini.

Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!
Para anggota perkhidmatan awam kita menampilkan sisi lain diri mereka di sebalik uniform masing-masing.

KPJ akan buka hospital pakar di Batu Pahat
Puteri Specialist Hospital (Johor) Sdn Bhd, anak syarikat KPJ Healthcare Bhd merancang membuka sebuah hospital pakar di Batu Pahat, Johor, yang menelan kos RM67.6 juta.

Pekerja TH terima ganti rugi RM67,000 kerana lipas dalam makanan hospital
Seorang pegawai TH melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya.