KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PetGas) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023 meningkat kepada RM485.37 juta berbanding RM396.50 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Hasil pada suku itu turut meningkat kepada RM1.64 bilion daripada RM1.50 bilion sebelum ini, dipacu oleh hasil lebih tinggi daripada segmen utiliti berikutan harga produk yang meningkat, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Peningkatan dalam keuntungan ini disumbangkan oleh keuntungan kasar yang tinggi, selain bahagian keuntungan lebih besar daripada syarikat usaha sama dan lebih pendapatan faedah daripada pelaburan dana.
Pendedahan yang rendah terhadap pertukaran asing susulan penyelesaian awal liabiliti pajakan dolar Amerika Syarikat bagi unit penyimpanan terapung di terminal pengegasan semula gas asli cecair (LNG) di Sungai Udang, Melaka merangsangkan lagi pendapatan syarikat.
Perbelanjaan cukai yang rendah turut menyumbang kepada keuntungan yang tinggi, kata syarikat itu sambil memaklumkan perbelanjaan cukai bagi suku yang sama lebih tinggi berbanding pengenaan cukai makmur bagi tahun taksiran 2022.
PetGas mencatatkan pendapatan sesaham yang lebih tinggi sebanyak 24.53 sen berbanding 20.04 sen sebelum ini.
Syarikat meluluskan dividen interim kedua sebanyak 16 sen sesaham biasa berjumlah RM316.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 yang akan dibayar pada 22 Sept 2023 kepada pendeposit berdaftar dalam rekod pendeposit semasa penutup perniagaan pada 12 Sept 2023.
Berkenaan prospek, PetGas berkata prestasinya bagi 2023 dijangka terus baik, disokong oleh pendapatan yang stabil daripada kontrak dan kecemerlangan operasi yang mampan, meskipun pergerakan harga gas mungkin memberikan impak kepada keputusan tahun penuh kumpulan.
"Dalam keadaan kos persekitaran operasi yang tinggi selepas pandemik, kumpulan akan terus berusaha demi kecemerlangan operasi dan keseimbangan yang sesuai antara pelaburan, berhemat dari segi kewangan dan pengagihan pemegang saham," katanya.
Pada rehat tengah hari, saham PetGas menyusut dua sen atau 0.12 peratus kepada RM17.02 dengan 167,000 saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Peningkatan dalam keuntungan Petronas Gas disumbangkan oleh keuntungan kasar yang tinggi, selain bahagian keuntungan lebih besar daripada syarikat usaha sama dan lebih pendapatan faedah daripada pelaburan dana. - Petronas Gas
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Adif Zulkilfi dilantik Pengerusi Petronas Gas
Petronas Gas Bhd (PGB) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Adif Zulkifli sebagai pengerusi berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Adnan Zainol Abidin.

Petronas Gas raih untung bersih RM468.99 juta pada 2QFY24, susut 3.3%
Petronas Gas raih untung bersih RM468.99 juta pada 2QFY24, susut 3.3%

Pendapatan sektor utiliti diunjur berkembang stabil sepanjang 2024 disokong permintaan kukuh
Pendapatan sektor utiliti diunjur berkembang stabil sepanjang 2024 disokong permintaan kukuh

Untung bersih Petronas Gas naik kepada RM485.37 juta pada suku kedua
Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PetGas) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023 meningkat kepada RM485.37 juta.

Untung bersih suku pertama Petronas Gas naik kepada RM424.18 juta
Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 meningkat kepada RM424.18 juta daripada RM410.58 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Petronas Gas jangka prestasi kekal kukuh pada 2023
Bagaimanapun, turun naik pertukaran asing dan pergerakan harga gas mungkin memberi kesan kepada keuntungannya.

Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau akhiri minggu ini rendah
Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau untuk mengakhiri minggu ini rendah, dengan indeks utama merosot 0.02 peratus.

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.