KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
Hasil turun kepada RM4.91 bilion daripada RM6.18 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia berkata hasil yang menurun didorong oleh purata harga minyak sawit mentah (MSM) yang direalisasikan yang lebih rendah pada suku semasa, manakala keuntungan bersih yang lebih rendah disebabkan kemerosotan keuntungan dalam sektor perladangan.
Bagaimanapun, FGV berkata keuntungan yang lebih rendah itu sebahagiannya dikurangkan oleh peningkatan suku semasa yang dicatatkan dalam sektor logistik dan lain-lain, dan kerugian yang lebih rendah dicatatkan dalam sektor gula.
Bagi sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, keuntungan bersih FGV susut kepada RM39.18 juta daripada RM984.93 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil turun kepada RM13.99 bilion daripada RM19.46 bilion sebelum ini.
FGV berkata keuntungan yang rendah bagi tempoh sembilan bulan tahun ini disebabkan terutamanya oleh purata harga MSM yang direalisasikan yang rendah sebanyak RM3,948 satu tan berbanding RM4,989 satu tan yang dicatatkan dalam tempoh kewangan yang sama sebelumnya.
"Ini ditambah lagi dengan kos pengeluaran MSM mengikut harga kilang yang lebih tinggi sebanyak 35 peratus," katanya.
FGV berkata sektor perladangan terus mengalami penurunan margin dalam perniagaan hiliran dan bajanya pada sembilan bulan pertama tahun ini.
"Bahagian keuntungan daripada usaha sama juga merosot daripada RM45.18 juta kepada RM3.0 juta dalam tempoh kewangan semasa.
"Terdapat juga kerugian rosot nilai yang lebih tinggi bagi aset bukan kewangan berjumlah RM58.94 juta, terutamanya disebabkan oleh kemerosotan nilai aset perladangan Indonesia, berbanding RM13.87 juta dalam tempoh kewangan sebelumnya," katanya.
FGV berkata dalam landskap pasaran semasa, harga MSM berhadapan cabaran dengan kejatuhan berikutan stok minyak sayuran yang berlebihan di negara pengguna utama serta permintaan yang lemah.
"Bagaimanapun, harga MSM diunjurkan lebih baik pada suku keempat iaitu antara RM3,800 dan RM4,000 satu tan.
"Trajektori positif ini disokong oleh kesan jangkaan El Nino, permintaan yang meningkat di India didorong oleh aktiviti penyimpanan semula stok Diwali dan industri biodiesel sawit yang berkembang, semuanya menyumbang kepada persekitaran harga yang kukuh," katanya.
Sementara itu, FGV berkata sektor gula terus berdepan cabaran berpunca daripada kenaikan harga gula mentah global, peningkatan kos pengangkutan dan gas asli serta ringgit yang semakin lemah di tengah-tengah ketegangan geopolitik.
"Sektor logistik kekal teguh dalam komitmennya terhadap peningkatan prestasi melalui inisiatif strategik, termasuk pengembangan kapasiti, pengoptimuman aset, dan penggunaan teknologi canggih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
![Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701248054_FGVQuaterAstro.jpg)
FGV berkata sektor perladangan terus mengalami penurunan margin dalam perniagaan hiliran dan bajanya pada sembilan bulan pertama tahun ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
![Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709871791_hargakomoditigloba.jpg)
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
![Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701248054_FGVQuaterAstro.jpg)
Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
![Pengurangan tol beri kesan minimum ke atas kos pengeluaran Pengurangan tol beri kesan minimum ke atas kos pengeluaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579797556_lebuhraya.jpg)
Pengurangan tol beri kesan minimum ke atas kos pengeluaran
Adakah pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus ini memberi impak yang signifikan dalam mengurangkan kos perbelanjaan rakyat?