KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 meningkat kepada RM376.46 juta daripada RM317.92 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Hasil, bagaimanapun, merosot sedikit kepada RM3.15 bilion daripada RM3.18 bilion sebelum itu, kata syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia berjaya mempercepatkan program penyepaduan dan pemodenan rangkaiannya untuk membina rangkaian digital terkemuka Malaysia, dengan lebih 7,200 tapak dimodenkan pada akhir April 2024.
"Usaha ini telah meningkatkan pengalaman rangkaian secara keseluruhan - lebih daripada 80 peratus pelanggan di kawasan pasca penyatuan telah mengalami peningkatan dalam kualiti isyarat dan daya pemprosesan rangkaian, memberikan purata kelajuan muat turun di seluruh negara melebihi 67Mbps," katanya.
Ia akan melepasi paras 50 peratus penyiapan di tujuh negeri, dan akan menyelesaikan proses di Pulau Pinang yang dijangka pada akhir Jun 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Idham Nawawi berkata prestasi asas suku pertama tahun kewangan 2024 adalah berdaya tahan, kerana ia mengekalkan hasil teras yang stabil sambil mengekalkan pertumbuhan pada asas pelanggan dan meningkatkan keuntungan.
"Pada tahun kedua operasi selepas penggabungan ini, tumpuan kami adalah untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan bagi mencapai pertumbuhan yang menguntungkan, memanfaatkan teknologi dan kecekapan.
"Kami terus meningkatkan aktiviti transformasi dan integrasi dalam semua bidang dan kekal teguh dalam memberikan pengalaman pelanggan terbaik dalam kelasnya, dikuasakan oleh organisasi yang progresif dan cekap," katanya.
Syarikat itu telah mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 3.5 sen sesaham, bersamaan dengan pembayaran pada suku keempat tahun kewangan 2023 sebanyak RM411 juta, sejajar dengan komitmen dividennya yang mampan kepada para pemegang saham.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Hasil bagaimanapun, merosot sedikit kepada RM3.15 bilion daripada RM3.18 bilion sebelum itu. - Foto CelcomDigi
Sekatan Israel langgar undang-undang antarabangsa - Liga Arab
Parlimen Arab mengecam tindakan sekatan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel dan menyifatkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Orang ramai serbu bazar, walaupun kenaikan harga
Hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa menyaksikan orang ramai berpusu-pusu mencari makanan dan juadah berbuka di Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad ke-IV

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion
Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada RM571.1 juta bagi tahun kewangan 2024
Hasil meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM4.53 bilion sebelum itu.

Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 Bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya.

Untung bersih Bursa Malaysia suku keempat dijangka lebih rendah kerana DATV
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2024 dijangka lebih rendah daripada suku ketiga 2024.

Industri syarikat penerbangan akan pertingkat keuntungan pada 2025 - IATA
Jumlah pendapatan industri pula dijangka mencecah AS$1.01 trilion (RM4.46 trilion), peningkatan 4.4 peratus berbanding 2024.

Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.

Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.