KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 sememangnya berada dalam jangkaan, menurut penganalisis.
Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan saranan "beli" ke atas saham ini dengan harga sasaran (TP) tidak berubah pada RM7.30, manakala penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd pula mengekalkan jangkaan bahawa jumlah pulangan adalah dalam julat -5.0 peratus hingga 10 peratus dengan TP pada RM6.25.
Penyelidikan MIDF tidak membuat perubahan pada anggaran keuntungan Bursa Malaysia walaupun keuntungan suku pertama tahun kewangan 2023 bursa itu susut 17.4 peratus tahun ke tahun kepada RM56.17 juta, dipengaruhi oleh perolehan dagangan segmen pasaran sekuriti yang lebih rendah.
Menerusi nota penyelidikan pada Jumaat, MIDF berpandangan kelemahan dalam aktiviti dagangan akan terus berlaku susulan ketidaktentuan ketara dalam pasaran global ekoran tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan isu geopolitik.
Ini mungkin telah menyebabkan atau memburukkan lagi normalisasi perdagangan runcit, tambahnya.
"Walau bagaimanapun, kami menjangkakan faktor selanjutnya adalah oleh Fed AS apabila ia memperlahankan kadar dan menghentikan kenaikan kadarnya ini akan menambah baik sentimen dan penilaian pasaran.
"Ini akan menjadi rangsangan bagi aktiviti perdagangan ekuiti global malah, kami telah mendapati prestasi yang lebih baik dicatatkan dalam ruang bermodal sederhana dan kecil pada Indeks FBM70 dan Indeks FBM Small Cap tahun ini," menurutnya.
Kenanga pula memaklumkan keuntungan bersih suku pertama itu juga berada dalam jangkaan pihaknya.
Walau bagaimanapun, nilai dagangan harian purata (SDV) yang susut 14.9 peratus tahun ke tahun pada suku pertama, terus menunjukkan penurunan berturutan, yang dijangkakan meningkat "dengan harapan aspek makro akan menunjukkan prestasi yang konsisten", tambahnya.
Bank pelaburan itu berpandangan selain itu, prestasi tawaran awam awal (IPO) yang menyokong dan aliran pendapatan baharu boleh membuahkan pencapaian yang baik akhirnya dalam jangka masa sederhana.
Mengenai risiko terhadap jumlah pulangan yang dijangkakan, Kenanga menjelaskan ini termasuk jumlah dagangan yang lebih tinggi/rendah berbanding jangkaan dalam pasaran sekuriti dan derivatif; perbelanjaan operasi yang lebih tinggi/rendah daripada jangkaan; IPO yang lebih banyak/kurang daripada jangkaan serta pembayaran dividen yang lebih tinggi/rendah daripada jangkaan.
Setakat pukul 10.59 pagi, saham Bursa Malaysia turun dua sen kepada RM6.28 dengan 175,300 saham didagangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 sememangnya berada dalam jangkaan. - Fail/BERNAMA
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan berterusan
Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 Bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.