United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) Cawangan Kepong telah ditutup sementara waktu selepas seorang kakitangannya diuji positif COVID-19.
Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kakitangan itu, yang merupakan pegawai gadai janji di cawangan Kepong, telah melawat Lahad Datu dan Semporna di Sabah antara 10 hingga 13 September 2020.
"Kami telah menjalankan pengesanan kontak dan semua rakan sekerja termasuk pelanggan yang bersentuhan rapat dengan kakitangan berkenaan, mereka semua sedang dihubungi.
"Mereka diminta untuk menjalani kuarantin diri selama 14 hari sementara mereka memantau kesihatan dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa," katanya sambil menambah penutupan cawangan itu merangkumi akses kepada mesin perbankan layan dirinya.
UOB Malaysia berkata bank itu telah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang disyorkan oleh kerajaan di premisnya untuk memastikan keselamatan orang ramai.
Cawangan itu akan tetap ditutup bagi pembersihan premis dan akan dibuka semula selepas menerima kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan.
Bank itu meminta pelanggan yang ingin berurusan dengan perkhidmatan perbankan, untuk ke cawangan terdekat di Damansara Uptown atau Kota Damansara, atau mana-mana cawangan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

UOB Malaysia berkata bank itu telah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang disyorkan oleh kerajaan di premisnya untuk memastikan keselamatan orang ramai. -Gambar media sosial

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

UOB Cawangan Kepong ditutup selepas kakitangan positif COVID-19
Cawangan Kepong, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) telah ditutup sementara waktu selepas seorang kakitangannya diuji positif COVID-19.