Kementerian Pendidikan hari ini menetapkan syarat baharu kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2017, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Khair Mohamad Yusof.
Beliau berkata dasar pengambilan murid itu ditetapkan kepada pencapaian akademik sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Katanya, penambahbaikan kepada dasar dan kriteria pengambilan murid ke SBP 2017 telah disediakan dengan mengambil kira format peningkatan kualiti UPSR 2016.
"Bagaimanapun, kedudukan pemilihan dan penetapan murid di SBP tidak bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik atau skor merit akademik. Penempatan murid juga akan mengambil kira Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum.
"Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Microsoft Malaysia di sini.
Setakat ini, Khair berkata pihaknya telah menerima hampir 60,000 permohonan dalam talian bagi kemasukan Tingkatan Satu SBP 2017.
"Sebanyak 69 SBP akan menyediakan 9,000 tempat kepada murid-murid yang berjaya ditawarkan ke Tingkatan Satu pada tahun depan," katanya.
Dalam hal ini, beliau berkata pihaknya amat menghargai akan kepercayaan dan hasrat murni ibu bapa yang meletakkan SBP sebagai titik perubahan kepada masa hadapan murid, keluarga serta masyarakat secara amnya.
"Oleh itu, KPM berharap agar ibu bapa dan murid-murid yang berhasrat untuk masuk ke SBP tahun 2017 tidak perlu berasa bimbang kerana pemilihan tersebut akan dilakukan secara adil.
"Pemilihan itu juga berdasarkan profil pencapaian murid berkenaan secara menyeluruh berlandaskan pencapaian menerusi PBS tersebut," katanya.
Kepada soalan sama ada UPSR akan dijadikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Khair berkata: "Pihaknya telah memulakan pentaksiran asas sekolah yang merupakan komponen PBS, psikometrik, jasmani dan kokurikulum. USPR masih ada lagi.
"Sekarang, kita masih berbincang sama ada UPSR masih dikekalkan sebagai peperiksaan pusat atau hanya berasaskan sekolah. Itulah..perubahan akan berlaku sekiranya ia betul-betul diadakan," katanya.
Ditanya sama ada 9,519 calon yang memperoleh semua E akan dibenarkan kekal di Tahun Enam dan memperbaiki diri sebelum ke Tingkatan Satu, Khair berkata:
"Kita tidak akan tahan mana-mana pelajar dan semua boleh meneruskan ke Tingkatan Satu.
"Sekolah akan melengkapkan maklumat tentang pelajar termasuk aspek fizikal dan kecenderungan serta menyalurkan maklumat kepada (mana-mana) sekolah menengah untuk merangka program dan intervensi yang sesuai," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
KHAIR: Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP. -Gambar fail
Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter, seorang maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.