Kementerian Pendidikan hari ini menyangkal laporan The Malaysian Insider mengenai penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Nai'mah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr. Wan Ilias Wan Saleh susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kementerian itu berkata penjelasan yang dibuat oleh Ketua Setiausahanya Tan Sri Dr Madinah Mohamad , seperti yang dilaporkan di dalam portal itu, adalah mengenai terma-terma 'gantung tugas' dan bukannya 'gantung kerja' sebagaimana yang ditanya pemberita.
“Adalah dimaklumkan kenyataan kepada media yang telah di buat oleh Dr Madinah adalah seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
“Ketika di tanya pemberita selepas merasmikan Program Chill Fest @ Putrajaya, Dr Madinah menjelaskan terma-terma"digantung tugas" dan bukan"digantung kerja" sebagaimana yang di tanya oleh pihak media.
“Dr Madinah telah menjelaskan penggantungan tugas adalah merupakan satu langkah pentadbiran yang diambil oleh Kementerian di mana ia tidak berbentuk punitive atau hukuman yang bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran kertas UPSR.
“Mulai pengumuman penggantungan tugas oleh Tan Sri Muhyiddin, kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan.
“Oleh yang demikian, laporan Malaysian Insider dengan tajuk 'UPSR:Pengarah dan Timbalan LPM Tidak Pernah Digantung Tugas' melaporkan bahawa Dr Na'imah Ishak dan Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata kenyataan itu.
Pada 12 September, Muhyiddin mengumumkan penggantungan tugas kedua mereka sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.
Susulan laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan.
Kebocoran kertas soalan itu menjejaskan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang terpaksa mengambil semula peperiksaan bagi kedua-dua subjek yang dijadualkan pada 30 Sept.
Sehingga semalam, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Hari ini pula, Kementerian Pendidikan dan pihak polis dilaporkan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.
Ia dilaporkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis mengenai kebocoran itu dan siasatan sedang dijalankan.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatan, turut memberitahu Astro AWANI bahawa Menteri Pendidikan akan menyetuai penyiasatan di peringkat kementerian.
T K Letchumy Tamboo
Sun Sep 21 2014
Kementerian Pendidikan hari ini menyangkal laporan The Malaysian Insider mengenai penggantungan tugas dua pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) selepas kebocoran kertas peperiksaan UPSR.
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Puspakom tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku khususnya membabitkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan.
Polis terlibat dadah, rasuah ditahan kerja walaupun belum didakwa
Pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam salah laku dan isu integriti seperti rasuah dan dadah akan ditahan kerja walaupun belum dituduh di mahkamah.
Kes polis larikan orang: Pegawai, anggota belum digantung tugas
Motif lima anggota polis yang ditahan berhubung dakwaan melarikan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai di Desa Petaling, disyaki kurang integriti dan ada kepentingan diri.
Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik gesa Radzi Jidin dikenakan tindakan
Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani berpendirian bahawa Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri.
Thailand: Mahkamah gantung tugas Prayuth tunggu semakan had penggal lapan tahun
Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung tugas rasmi Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Rabu selepas mahkamah bersedia mendengar petisyen bagi menyemak semula had penggal lapan tahun beliau.
Hamid Sultan tarik balik saman terhadap dua peguam
Pada 4 Feb lepas, JEC yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah memutuskan untuk menggantung tugas Hamid Sultan sehingga 27 Ogos 2021.
Kematian lelaki kulit hitam, tujuh anggota polis digantung tugas
Daniel Prude meninggal dunia pada 30 Mac setelah alat bantuan pernafasannya ditanggalkan beberapa hari selepas kejadian dia dikasari anggota polis tersebut.
Pelantikan Haziq isi keperluan untuk wakil Sarawak dan Sabah
Menurut Shamsul Iskandar, Haziq Abdullah memohon untuk bekerja di kementerian tersebut setelah SUSK pertama beliau meletakkan jawatan.
Kemalangan landasan: Dua pengawal udara digantung tugas
Dua pengawal trafik udara yang bertugas ketika insiden pesawat persendirian melanggar kenderaan MAHB digantung tugas.
Semua 24 anggota JPJ terlibat rasuah digantung tugas - Shaharuddin
Kesemua 24 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes melindungi kesalahan syarikat dan pemandu lori digantung tugas.