KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan penjualan 30% saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing merupakan urus niaga yang amat mencurigakan dan tiada sebarang keperluan mendesak untuk menjual pegangan MAHB kepada syarikat asing.
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia melalui konsortium yang diketuai Khazanah, bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, dan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), sedangkan syarikat itu memiliki potensi besar.
Katanya, adalah janggal apabila jumlah peratusan pegangan saham oleh ADIA dan GIP tidak dinyatakan dengan jelas di dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dan seharusnya bagi satu tawaran besar sebegini, truktur pemilikan adalah jelas daripada awal tawaran.
Beliau berkata, MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, bagi tahun kewangan 2023, kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebanyak RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun sebanyak RM1.845 billion.
"Jadi di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30% saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan, tentunya tidak.
"Amat jelas bahawa tiada keperluan mendesak untuk menjual blok 30% saham MAHB kepada syarikat asing. Siapa sebenarnya yang akan mendapat manfaat dan mengaut keuntungan daripada urus niaga ini?," katanya dalam satu kenyatan, hari ini.
Radzi berkata, hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak kerana kedudukan geografi Malaysia yang strategik menjadikan ramai pihak ingin mencari peluang memiliki asset strategik di rantau ini.
Beliau berkata, jika diambil beberapa contoh negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam, syarikat yang menguruskan lapangan terbang di negara tersebut dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan atau dimiliki sebahagian besarnya oleh kerajaan tanpa diberikan satu blok saham yang besar kepada syarikat asing.
"Kalau hendak dikatakan MAHB tiada kepakaran, mereka mempunyai pengalaman yang cukup panjang dan kedudukan kewangan yang baik, termasuk menguruskan Istanbul Sabiha Gokçen International Airport di Turkiye. Jika perlukan kepakaran juga, apakah kepakaran tersebut tidak boleh diperoleh tanpa menggadaikan blok 30% saham MAHB kepada syarikat asing?," katanya
Beliau berkata, nilai sebenar MAHB adalah pada konsesi yang dipegang syarikat tersebut melibatkan 39 lapangan terbang di seluruh negara dan konsesi itu dilanjutkan sehingga 2069.
Beliau berkata, kerajaan sanggup butakan mata tentang hakikat bahawa kesemua 39 lapangan terbang ini adalah aset strategik negara.
"Jika dibaca kenyataan media yang dikeluarkan berkaitan urus niaga tersebut, hampir keseluruhannya menyentuh tentang kekuatan yang ada pada MAHB, khususnya jaringan lapangan terbang.
"Dalam persaingan ekonomi dan geopolitik dunia yang semakin mencabar, tentunya jaringan lapangan terbang ini dinilai sebagai satu komponen logistik yang amat penting," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue May 21 2024

RADZI: Di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30% saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan, tentunya tidak. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.