SHAH ALAM: Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menyelar tindakan segelintir pihak yang membantah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang kini menjadi kontroversi.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas itu berkata, pelaksanaan inisiatif itu dibenarkan di bawah Seksyen 50 (1) Akta Pendidikan 1996.
Katanya, seksyen berkenaan menyebut bahawa murid-murid hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima murid atau lebih yang menganut agama Islam.
"Justeru, tiada sebab untuk membantah inisiatif KPM untuk melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 289 buah sekolah-sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid yang beragama Islam.
"Pihak membantah sama ada dari parti mana sekalipun, dari NGO mana sekalipun, perlu sedar realiti dalam akta pendidikan tersebut. Tak usahlah menjadi hero pula dalam isu ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Sabtu.
Kontroversi berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu mula timbul apabila segelintir pihak menyuarakan bantahan selepas KPM pada 19 Ogos lalu memaklumkan akan melaksanakan inisiatif berkenaan pada 19 Ogos lalu.
KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya akan memulakan pelaksanaan modul tersebut untuk memupuk semangat ihsan dan kasih sayang.
Katanya, langkah itu sebagai usaha memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam dan akan dilaksana secara rintis membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seluruh negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023

Ahmad Fadhli Shaari menyelar tindakan segelintir pihak yang membantah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang kini menjadi kontroversi.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.