Sebilangan jemaah haji wanita didapati masih keliru dengan status sah haji mereka apabila dikaitkan dengan kedatangan haid ketika masyair sehingga terdapat antara jemaah yang mengalami kemurungan.
Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Tabung Haji (TH) Yusnah Yusuf berkata ramai jemaah wanita beranggapan bahawa ibadah wukuf di Arafah dan melontar di Jamrah memerlukan mereka untuk suci daripada haid terlebih dahulu.
"Rasulullah SAW sendiri dalam sirahnya, Saidatina Aishah RA, apabila dia masuk mahu menunaikan haji, dia sendiri dalam keadaan haid dan sebagai seorang perempuan, memang amat menyedihkan apabila berkeadaan haid ketika mahu menunaikan ibadah.
"(Namun) Rasulullah SAW menjawab (kepada Saidatina Aishah), 'jangan risau, sebenarnya semua ibadah boleh dilakukan dalam mengerjakan haji melainkan tawaf sahaja'," katanya apabila ditemui di sini, hari ini.
Justeru, katanya tidak timbul masalah ibadah tidak dikira sekiranya jemaah wanita yang sedang haid ini berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melontar jamrah pada hari-hari tasyrik.
Yusnah berkata sekiranya sedang haid, jemaah-jemaah wanita ini boleh melakukan rukun-rukun haji lain terlebih dahulu dan kemudian menunggu hingga suci sebelum melakukan tawaf.
Beliau berkata kekeliruan ini mungkin berpunca daripada kekurangan kefahaman jemaah berkenaan masalah darah, haid dan permasalahan haji itu sendiri.
"Bila kita sedang dalam ihram itu sendiri, kita dekat dengan Allah SWT dan kita bersabar dengan fitrah yang Allah SWT kurniakan kepada kita kerana haid ini adalah fitrah bagi wanita," katanya.
Katanya larangan dalam ihram sebenarnya bukan penghalang bagi emaah wanita untuk menunaikan ibadah haji, yang mana kebanyakan jemaah bimbang yang mereka terpaksa bayar dam banyak kerana melanggar larangan ihram.
Jemaah haji katanya harus memahami dengan lebih mendalam mengenai dua konsep larangan ihram iaitu taraffuh dan itlaf.
Bagi larangan berkaitan taraffuh, Yusnah berkata jemaah yang melanggarnya secara tidak sengaja atau terlupa dan segera memperbetulkannya, mereka tidak akan dikenakan dam.
Kebanyakan jemaah wanita katanya bimbang dengan larangan ihram berkaitan dengan itlaf seperti memotong rambut dan kuku.
"Dalam kategori itlaf ini (sebenarnya) ada tiga keadaan, iaitu yang pertama, sekiranya ia gugur dengan tidak sengaja atau secara semulajadi seperti gugurnya daun dari pokok, kita tidak perlu membayar dam (ke atasnya)," katanya.
Sekiranya larangan itlaf ini dilakukan kerana terlupa atau tabiat dan atas usaha atau perbuatan jemaah itu sendiri, maka beliau berkata tersebut hanya dikenakan dam dan ia tidak berdosa.
Setelah permasalahan ini dijelaskan oleh pihak PIHTAS kepada pengadu, beliau berkata mereka kebiasaannya akan merasa tenang untuk menghadapi tempoh yang lama dalam waktu ihram.
"Masalah berkaitan haid ini sebenarnya bukan hanya perlu diketahui oleh wanita sahaja, malah suami mereka juga wajib mempelajari hukum berkenaan haid ini," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 03 2018

Sekiranya sedang haid, jemaah-jemaah wanita ini boleh melakukan rukun-rukun haji lain terlebih dahulu dan kemudian menunggu hingga suci sebelum melakukan tawaf. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Jangan 'tutup mata' isu kemiskinan haid - Pakar
Ada pelajar perempuan di negara ini sanggup ponteng sekolah semata-mata kerana tidak selesa dan malu kerana tidak mampu membeli tuala wanita.

'Period spot checks' langgar hak, salah di sisi undang-undang
Hal ini kerana, wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam
Noor Aziah juga berkata, perlakuan itu membuktikan wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina
Menyiasat pelajar perempuan sama ada datang haid atau sebaliknya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima pada akal fikiran manusia.

Netizen kecoh, emoji 'datang bulan' bakal dilancar
Emoji datang bulan akan dilancarkan tidak lama lagi, selepas kempen mengenainya menggunakan hashtag #PeriodEmoji giat dijalankan

'Pondok datang bulan' ragut mangsa tradisi kuno lagi
Seorang wanita warga Nepal maut selepas dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan ketika berlindung di dalam sebuah pondok haid, satu tradisi lama yang banyak mendapat kecaman.

Usah ragu-ragu status haji kerana kedatangan haid
Ramai jemaah wanita beranggapan bahawa ibadah wukuf di Arafah dan melontar di Jamrah memerlukan mereka untuk suci daripada haid terlebih dahulu.

Wilayah di China luluskan cuti akibat datang bulan
Wanita yang mengalami ketidakselesaan atau kesakitan akibat datang bulan boleh mengambil cuti sehingga dua hari.