BANTING: Niat ikhlas para guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kanchong Darat, di sini yang mengadakan program untuk menarik minat murid datang ke sekolah, berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai antara 10 sekolah terbaik dunia dalam kategori 'Supporting Healthy Lives Category'.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kanchong Darat Rozanah Abd Razak berkata pihaknya bersyukur program yang diusahakan hampir empat tahun lalu yang mahu memperbaiki tahap kehadiran para murid di sekolah tersebut berjaya membuahkan hasil sehingga diiktiraf setinggi itu.
Beliau berkata program 'Minda Sihat, Warga Sihat' (Great Mind, Healty Citizen) itu yang mewajibkan setiap pelajarnya untuk turut serta, meliputi lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
"Melalui program itu juga, berjaya membantu menaikkan semangat murid-murid terutamanya selepas pandemik COVID-19, kerana para guru lihat mereka kurang bermotivasi untuk datang ke sekolah, selain mereka dilihat semakin malas.
"Oleh itu, kami wujudkan permainan 'lompat tali' (salah satu aspek) yang dilihat sangat mendapat sambutan dalam kalangan murid. Kami juga memberi kebenaran mereka untuk bermain lompat tali pada waktu rehat dan selepas sekolah, Alhamdulilah, kehadiran murid-murid hari ini sangat memberangsangkan," katanya ketika ditemui selepas Karnival Perpaduan MADANI 2023 Sempena 'Top 10 World's Best School Prizes' di sekolah tersebut, hari ini.
Katanya, melalui program itu juga ada dalam kalangan murid yang berjaya keluar daripada kelompok obesiti seterusnya meningkatkan tahap kecergasan mereka..
Selain SK Kanchong Darat, SK Seri Permai di Bayan Baru, Pulau Pinang, turut tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas anugerah sekolah terbaik dunia bagi kategori berbeza.
Kedua-dua sekolah tersebut berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah keseluruhan AS$250,000 (RM1.16 juta), untuk dikongsi sama rata bersama lima pemenang, dengan masing-masing menerima AS$50,000 (RM231,300).
Sementara itu, pelajar Tahun Lima SK Kanchong Darat, Nur Khalisah Mohamad Rafi berkata program tersebut membuatkan beliau sangat teruja untuk datang ke sekolah pada setiap hari.
"Seronok nak pergi sekolah, bila masa lapang cikgu benarkan kami main (lompat tali) dengan kawan-kawan. Dulu saya seorang yang sangat pemalu, lepas sertai program sekolah ini, saya semakin ok," katanya.
Bagi bekas pelajar sekolah berkenaan, Muhammad Ammar Zaquan Rizal Efendi, 13, berkata walaupun tidak lagi bersekolah di situ, beliau masih bergerak aktif bersama guru-guru SK Kanchong Darat mempromosi sukan lompat tali di kawasan daerah Banting.
"Dulu, saya langsung tidak aktif dan tiada kawan di sekolah, walaupun sekolah ini hebat dalam sukan bola baling, boling dan olahraga, tetapi saya tidak terlibat.
"Namun apabila sekolah mewajibkan program ini kepada semua pelajar, saya mulai sedar akan minat saya. Sejak dari situ, saya semakin menonjol di sekolah (mewakili sekolah dalam sukan lompat tali) dan pelajar-pelajar juga mula mengenali saya," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi pujian kepada SK Kanchong Darat kerana berjaya sampai ke peringkat tersebut.
"Menang atau kalah itu bukan soalnya, walaupun sekolah ini kecil, mereka buktikan mereka boleh pergi ke peringkat dunia. Tiada murid terpinggir nak pergi ke peringkat dunia, kita akan terus bagi sokongan," katanya.
Beliau berharap program yang menjurus kepada ''gaya hidup sihat' ini dapat diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di dalam negara ini.
"Saya tekankan tadi selain daripada pengiktirafan di peringkat dunia ini, sebenarnya kita dapat lihat ada banyak lagi potensi-potensi yang hadir. Impak dari program ini termasuk kehadiran kanak-kanak ke sekolah, perkembangan sahsiah mereka, akademik mereka dan pastinya juga aktiviti menjurus kepada gaya hidup sihat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Rozanah berkata program 'Minda Sihat, Warga Sihat' (Great Mind, Healty Citizen) itu yang mewajibkan setiap pelajarnya untuk turut serta, meliputi lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. - Gambar Bernama
Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100 kg dadah
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Johor Bahru atas tuduhan mengedar dan memiliki lebih 100 kilogram dadah.
Amaran hujan: Tahap buruk di Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.