ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu usaha membangunkan Terowong Komunis di Weng, Baling sebagai antara produk pelancongan di negeri itu mengalami kekangan berikutan terdapat beberapa isu seperti keselamatan, kos dan pengurusan yang perlu dikaji semula.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata sehubungan itu, satu jawatankuasa penilaian dan pembangunan perlu ditubuhkan bagi meneliti beberapa aspek sebelum ia dibangunkan.
Beliau berkata perancangan yang teliti perlu dilakukan disebabkan faktor keselamatan dan kos pembangunan serta pemuliharaannya yang tinggi.
"Ia perlu bagi melihat sejauh mana ia akan memberikan impak kepada pembangunan kawasan sekitar," katanya menjawab soalan Abd Nasir Idris (Pas-Bayu) pada persidangan itu di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Abd Nasir ingin tahu mengenai usaha kerajaan untuk memulihkan dan membangunkan Terowong Komunis agar menjadi antara produk pelancongan utama di Baling.
Mohd Firdaus berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan untuk membangunkan terowong itu sebagai antara produk pelancongan.
"Kerajaan negeri menyokong penuh jika pemuliharaan dan pembangunan kawasan bersejarah ini dibangunkan sebagai produk pelancongan sejarah.
"Ini akan dapat menambah variasi produk selain Eko Pelancongan dan pelbagai aktiviti dapat dirancang memandangkan kawasan ini terkenal dengan aktiviti lasak 4x4 serta keindahan alam flora dan faunanya," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Terowong Komunis terletak di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan di kawasan Kompartmen 29 Hutan Simpan Ulu Muda.
Beliau berkata kawasan itu masih dalam pemantauan Angkatan Tentera Malaysia kerana faktor keselamatan dengan kedudukannya berada di sempadan Malaysia-Thailand.
"Jarak terowong ini dengan sempadan Thailand hanya dua kilometer. Terowong ini adalah terowong paling aktif digunakan pada 1948 sehingga 1968 kerana faktor dan laluannya yang strategik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022
Mohd Firdaus berkata satu jawatankuasa penilaian dan pembangunan perlu ditubuhkan bagi meneliti beberapa aspek sebelum ia dibangunkan.- Fail Astro AWANI
Penyelam mungkin telah temukan kotak hitam pesawat terhempas berhampiran Washington DC
Pesawat berkenaan telah pecah kepada beberapa bahagian yang berada pada kedalaman antara 1.5 meter hingga 2.5 meter.
Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.
Kesemua mangsa terlibat berkemungkinan terkorban
Pihak Berkuasa Washington menjangkakan kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan di udara melibatkan sebuah pesawat komersial dengan helikopter di Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan, terkorban.
Dialog ASEAN: ASEAN-Malaysia 2025 | From turmoil to Trump 2.0
How will Malaysia steer ASEAN through shifting geopolitics, economic hurdles and regional turmoil ? Could a second Trump presidency shake up the bloc’s dynamics? Join our guests as they unpack what’s at stake for ASEAN 2025.
Malaysia Negara ASEAN Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf di Gaza
Malaysia kini berada di landasan sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, sebuah projek berimpak tinggi di bawah naungan Perdana Menteri.
Pertemuan Semula Selepas 11 Tahun, Detik Mengharukan di Aleppo
Selepas 11 tahun, Hilal Azmi kembali ke Aleppo, Syria, untuk bertemu semula dengan warga yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Rasai kehangatan, ketabahan, dan kisah-kisah inspirasi rakyat Syria dalam perjalanan penuh emosi ini.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
AWANI Sabah+: Potensi Sabah jadi jelapang padi negara
Dengan keluasan 73,904 kilometer persegi, dan menerima taburan hujan sepanjang tahun, Sabah berpotensi menjadi jelapang padi baharu negara.
AWANI Ringkas: Gencatan Senjata | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia-Thailand: Lawatan Khaled ke Bangkok perkukuh hubungan pertahanan
Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha mengukuh dan mempertingkat hubungan diplomasi antara malaysia dan thailand khususnya dalam konteks pertahanan.
Usaha bangunkan Terowong Komunis sebagai produk pelancongan alami kekangan
DUN Kedah diberitahu usaha membangunkan Terowong Komunis di Weng, Baling sebagai antara produk pelancongan di negeri itu mengalami kekangan.