KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha memberi kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dalam negara terus dilaksanakan dalam menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang serta memperkukuhkan kerukunan antara masyarakat.
Mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada masyarakat Sabah dan Sarawak yang menyambutnya, Perdana Menteri berkata usaha-usaha sedemikian semestinya perlu terus didukung masyarakat berbilang kaum dan budaya dalam negara.
"Dalam kesempatan sama, saya ingin menyatakan penghargaan kepada sekumpulan masyarakat Borneo yang baru-baru ini berarak dalam pakaian tradisional mereka di ibu kota dalam usaha mengetengahkan serta menggariskan budaya masyarakat Borneo yang tentunya membentuk aspek kepelbagaian budaya di Malaysia.
"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak," kata Anwar dalam hantaran di media sosialnya.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah semalam dan hari ini sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
Pada 20 Mei lepas, di 'Borneo Native Festival' yang dianjurkan sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, lebih seratus peserta mengadakan perakan lengkap berpakaian tradisonal dari Sabah dan Sarawak di sekitar Pasar Seni di sini, antara lain bagi memberi lebih pendedahan tentang kaum dan budaya yang terdapat di kedua-dua negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak, tulis Anwar di akaun Facebooknya. -Facebook Anwar Ibrahim
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PM Anwar beri bantuan kepada 166 penerima di DUN Beserah, Semambu
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan
Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar
Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah
Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.