BUTTERWORTH: Keadaan berlumpur di dasar sungai, selain halangan sampah sarap serta arus yang deras menyukarkan operasi mencari seorang anggota bomba yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin di sini, malam tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Beliau berkata operasi dilakukan secara selaman serta pencarian di permukaan air menggunakan penarik dasar, selain penyertaan dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dan penggunaan dron, dalam usaha memperluaskan ruang pencarian.
"Seramai 50 anggota terlibat dalam operasi ini menggunakan sembilan bot milik JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan juga bantuan daripada bot nelayan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 10.10 malam tadi dikatakan berlaku semasa Mohd Izwan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bersama seorang lagi anggota bomba hendak menambat bot berkenaan di jeti itu usai melakukan pengujian enjin.
Nor Hisham berkata Mohd Izwan yang telah berkhidmat bersama pasukan bomba selama 19 tahun disifatkan sebagai seorang anggota yang ringan tulang selain disenangi rakan sekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Operasi dilakukan secara selaman serta pencarian di permukaan air menggunakan penarik dasar. -X Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.