KOTA KINABALU: Kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah dalam menangkis tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.
Pemimpin Sabah melihat keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak permohonan kumpulan Sulu sebagai titik tolak yang penting dalam perjuangan menoktahkan sebarang tuntutan mereka.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Kurup berkata keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa tuntutan kumpulan Sulu adalah tidak berasas serta berniat jahat terhadap Sabah dan Malaysia.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata tiada negara berdaulat yang harus terperangkap dengan penyalahgunaan institusi atau proses timbang tara sebagaimana dilakukan oleh lapan individu dalam kumpulan Sulu di beberapa negara Eropah.
"Saya percaya perjuangan dalam mempertahan kedaulatan Sabah bukan perkara yang mudah namun dengan kesepakatan, kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak, kita berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah.
"Kesungguhan kerajaan terutama melalui Sekretariat Khas Sulu perlu diberi sokongan oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik kerana ini melibatkan kedaulatan negara," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda.
Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata pencapaian itu penting dalam usaha memastikan tiada lagi tuntutan daripada mana-mana pihak melibatkan isu tersebut yang dilayan oleh mana-mana mahkamah atau kerajaan sama ada di Eropah atau negara lain.
"Tuntutan yang dibuat oleh kumpulan kononnya waris Kesultanan Sulu ini telah menghantui rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan perkembangan terbaru ini bukan sahaja membawa rasa lega tetapi juga menekankan bahawa tuntutan mereka adalah tidak berasas," katanya.
Ahli Parlimen Semporna itu juga berkata Warisan berikrar untuk melawan sebarang cubaan mencabul kedaulatan negara selain menyokong penuh usaha yang melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan Sabah serta Malaysia.
Bagi Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, kejayaan Malaysia menumpaskan tuntutan kumpulan Sulu itu telah merugikan mereka serta pihak yang menyokong tindakan tersebut terutama daripada segi kewangan.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata bagi menamatkan serta memastikan tiada lagi pihak, kumpulan Sulu atau rakyat Filipina membuat tuntutan ke atas Sabah, kerajaan Malaysia wajar melakukan perbincangan lanjut dengan negara berkenaan untuk menubuhkan sebuah konsulat di Negeri Di Bawah Bayu.
"Dengan menubuhkan sebuah konsulat di Sabah, Filipina akan memberitahu rakyatnya supaya melupakan tuntutan khayalan mereka terhadap Sabah. Sabah tidak pernah dimiliki atau diperintah oleh Sulu atau Filipina pada bila-bila masa dalam sejarah," katanya.
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, juga Ahli Parlimen Kinabatangan, berkata kemenangan itu membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara selain membuktikan tuntutan tersebut adalah tidak berasas, gagal dan tidak boleh dilayan.
"Kemenangan Malaysia boleh menjadi pengakhir kepada usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merompak dan menggugat kedulatan negara. Kemenangan ini lebih dirasai rakyat Sabah yang dihantui dengan tuntutan ini sehingga ada pihak mendakwa kes ini dipolitikkan dan panas apabila pilihan raya," katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Nelson W Angang pula berkata kemenangan itu adalah satu pengalaman yang mahal untuk Malaysia bagi mengukuhkan usaha mempertahan kedaulatan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Arthur Kurup berkata keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa tuntutan kumpulan Sulu adalah tidak berasas serta berniat jahat terhadap Sabah dan Malaysia. - Foto Facebook/Datuk Arthur Joseph Kurup
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia pertahan kedaulatan di Mahkamah Agung Perancis
Malaysia akan terus berjuang menentang penipuan Kumpulan Sulu di bidang kuasa lain yang terlibat, termasuk di Sepanyol dan Luxembourg.

Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina
Azalina berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa dalang itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan terbabit.

Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima Pingat Panglima Gagah Berani
Mohamad Hasna menjadi penerima tunggal Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malaysia sambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid terhadap Stampa
Malaysia juga yakin keputusan bersejarah ini akan menjadi faktor pencegahan kepada tindakan tidak beretika Kumpulan Penipuan Sulu.

Usaha gigih kerajaan noktahkan tuntutan kumpulan Sulu - Pemimpin Sabah
Kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah dalam menangkis tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague sahkan pendirian Malaysia - Azalina
Azalina berkata permohonan sedemikian tidak sah sejak awal lagi dan award akhir yang dikatakan itu adalah terbatal.

Keputusan Mahkamah Belanda buktikan banyak tidak kena dengan award Kumpulan Sulu
Keputusan itu jelas memusnahkan kaedah tidak ortodoks award yang diberikan pada mulanya dan pelantikan penimbang tara yang dipertikaikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu tuntutan kumpulan Sulu: Peguam yakin Malaysia ada peluang menang - Azalina
Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.