KUALA LUMPUR: Jabatan Warisan Negara telah berusaha untuk mewartakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini sebagai tapak warisan sejak 2008 tetapi tidak dapat diteruskan berikutan ada bantahan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada Mei 2008, setelah mengambil kira justifikasi sejarah, seni bina dan signifikan sekolah berkenaan.
Bagaimanapun pada 12 Julai 2010 pihak pemegang amanah sekolah berkenaan telah menghantar Notis Bantahan kepada Pesuruhjaya Warisan, dan susulan itu satu sesi pendengaran diadakan pada 8 April 2011 bagi pemegang amanah menjelaskan alasan bantahan mereka.
"Pada 21 Julai 2011, setelah Pesuruhjaya Warisan memperhalusi dan mempertimbangkannya maka Pesuruhjaya Warisan memutuskan untuk tidak meneruskan penetapan sekolah tersebut sebagai tapak warisan di bawah Akta 645," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan orang ramai berhubung ketiadaan usaha kerajaan untuk mewartakan SMK Covent Bukit Nanas sebagai tapak warisan di bawah Akta 645, mengambil kira kepentingan sumbangan sekolah itu kepada pendidikan negara sejak 1899.
Mengulas lanjut, Nancy berkata kementeriannya mengalu-alukan pemegang amanah menimbang dan mencalonkan SMK Convent Bukit Nanas untuk diwartakan sebagai tapak warisan bagi tujuan memulihara, memelihara dan melindungi warisannya.
Katanya penetapan sebagai tapak warisan di bawah Akta 645 tidak akan menjejaskan pemilikan, jagaan dan pentadbiran tapak.
"Pewartaan tidak akan mengambil sebarang pemilikan tanah bahkan ia kekal di bawah pemilik rasmi sebagaimana yang tercatat dalam Carian Rasmi," katanya.
Nancy juga menyeru semua pihak agar dapat bersama-sama berganding bahu memulihara, memelihara dan melindungi warisan negara, baik yang telah diwartakan mahupun belum diwartakan.
BACA: Petisyen selamatkan SMK Convent Bukit Nanas
BACA: Isu pajakan tanah: Alumni tuntut bangunan CBN dikekalkan
Semalam, kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak sekolah berkenaan yang akan tamat pada 6 Sept depan dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun.
Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas sebelum ini memohon kepada kerajaan agar menimbang penyambungan tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengalu-alukan pemegang amanah menimbang dan mencalonkan SMK Convent Bukit Nanas untuk diwartakan sebagai tapak warisan. - Gambar fail

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.

Segera wartakan SMK Convent Bukit Nanas sebagai tapak warisan negara
Adalah penting sekolah bersejarah itu diwartakan bagi memulihara, memelihara dan melindungi warisan khazanah yang amat bernilai.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

Isu pajakan tanah: Alumni tuntut bangunan CBN dikekalkan
Keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) diibaratkan umpama membuang kepentingan simbol sekolah tertua negara itu.

Petisyen selamatkan SMK Convent Bukit Nanas
Semalam berlangsung permohonan semakan kehakiman CBN untuk mencabar keputusan kerajaan itu yang didengar oleh Mahkamah Tinggi.