Serangan COVID-19 dan penguatkuasaan PKP telah merencatkan usaha perlindungan alam sekitar serta industri kitar semula negara.
PKP menyebabkan bertan-tan sisa buangan yang biasanya dibawa ke pusat kitar semula terbiar di tempat pengumpulan sampah biasa.
Manakala isi rumah tempatan dan pengutip sampah, yang biasanya mengumpul bahan tersebut untuk dikitar semula, kini dipaksa membuang bahan balik bahan itu ke tempat pengumpulan sampah biasa, memandangkan tidak ada jaminan bahawa sisa ini akan diproses.
Mungkin, 2020 bukan masa yang sesuai untuk meraikan ulang tahun Hari Bumi yang ke-50, yang jatuh hari Rabu (22 April).
Tinjauan Bernama di Petaling Jaya menyaksikan kutipan sampah ditimbuni dengan sisa logam, kertas dan pembungkusan plastik/makanan.
Sebagai contoh, kebanyakan pembungkusan yang diperbuat daripada beg plastik yang tidak biodegradasi serta bekas yang digunakan untuk makanan bawa pulang termasuk yang dipesan melalui perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian dibuang banyak kelihatan menjadi sisa sampah.
"Saya rasa ini adalah pemandangan yang biasa di seluruh negara ketika ini. Beribu-ribu pengutip sampah termasuk rakyat asing, yang mencari rezeki melalui sampah kitar semula tidak dapat melaksanakan pekerjaan mereka disebabkan sekatan pergerakan dan mereka tidak boleh menjual kepada pembeli sampah kitar semula," menurut seorang penduduk yang tidak mahu dikenali kepada Bernama.
Dengan ramalan ekonomi global yang suram, permintaan untuk sisa kitar semula pasti akan menerima kesan.
Sisa seperti ini memberikan beban yang besar kepada pihak berkuasa tempatan untuk membersihkannya selepas COVID-19 dan PKP memandangkan ia boleh mendatangkan kesan yang buruk ke atas alam sekitar.
Sejak beberapa tahun lepas, Malaysia telah meningkatkan usaha untuk membersihkan alam sekitar. Ini termasuk meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan rakyat, di samping menghentikan import bahan buangan yang tidak dikehendaki oleh negara lain.
Malangnya, COVID-19 telah menyebabkan usaha perlindungan alam sekitar kini seperti tidak berbaloi. Industri kitar semula plastik di seluruh dunia, sebagai contoh, bernilai US$600 bilion (RM2.52 trilion), yang mana Malaysia mahu mengambil kesempatan daripada potensi ini.
Kertas putih yang diterbitkan oleh Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA) pada tahun lepas, memberitahu industri kitar semula plastik telah menyumbang sebanyak RM4.5 bilion kepada ekonomi, mencerminkan peluang pertumbuhan dengan menukar sisa kepada wang.
"Pengitar semula plastik berpotensi meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi negara sebanyak tiga hingga empat kali ganda, iaitu kira-kira RM15 bilion kepada RM20 bilion setiap tahun, dan ini boleh diraih melalui peningkatan pelaburan dalam teknologi, infrastruktur dan kapasiti yang dinaik taraf," kata persatuan berkenaan.
Ketika negara sedang berhempas pulas menangani COVID-19 termasuk sekatan PKP, kempen "plastik sifar" telah tertangguh dan penggunaan cawan boleh guna semula dan beg membeli-belah sedia ada mungkin mampu menyebarkan virus dan ini meningkatkan kebimbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 22 2020

Serangan COVID-19 dan penguatkuasaan PKP telah merencatkan usaha perlindungan alam sekitar serta industri kitar semula negara. - Bernama
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.