PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha untuk mengurangkan defisit fiskal negara diteruskan agar ia tidak membebankan generasi akan datang.
Beliau berkata usaha dan inisiatif berterusan itu penting untuk negara mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah dan pada masa yang sama dapat terus mengembalikan keyakinan pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di negara ini.
"Pelaburan (negara) masuk dengan rekod tertinggi dalam sejarah kerana keyakinan pelabur domestik dan luar.
"Inflasi kita juga berada di tahap rendah dan kadar pengangguran juga kian rendah," kata beliau pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 di sini hari ini.
Sehingga akhir Disember 2023, jumlah keseluruhan hutang kerajaan adalah sebanyak RM1.17 trilion atau 64.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pertumbuhan hutang pada 2023 ialah 8.6 peratus lebih rendah berbanding 2022 yang mencatatkan 10.2 peratus.
Malaysia sebelum ini dilaporkan telah mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022, sekali gus menjadikannya yang tertinggi dalam sejarah negara.
Bagi tahun ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata prospek pelaburan Malaysia dijangka kekal cerah dengan pertumbuhan minimum sekurang-kurangnya lapan peratus hingga 10 peratus.
Sementara itu, Anwar berkata walaupun negara kini dicabar dengan kejatuhan nilai ringgit tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengekang mata wang tempatan daripada terus menjunam.
"Tidak wajar untuk dikaitkan dengan soal ringgit (yang rendah) padahal inflasi kita juga berada di paras yang rendah.
"Semasa berlaku krisis kewangan 1998, nilai ringgit jatuh merudum dan inflasi terus melonjak. Pelaburan juga tiada, pengangguran meningkat dan syarikat yang jatuh muflis mencecah ratusan ribu.
"Hal sedemikian tidak berlaku pada masa ini dan kita harus melihat dalam konteks keseluruhan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Anwar ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 hari ini. -Bernama

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya pada 10 Mac
Majlis anjuran JAKIM bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.