KUALA LUMPUR: Usaha melobi untuk acara silat kembali tersenarai dalam program Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang dipergiat, selepas acara itu diketepikan daripada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung pada September lepas.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata kesepakatan telah dicapai untuk menyenaraikan kembali silat di Sukan Asia pada Kongres Silat Asia dihadiri beliau di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas.
"Permohonan baharu untuk silat dimasukkan semula sebagai acara dipertandingkan di Sukan Asia telah dilaksana. Kali terakhir silat menyertai temasya itu ialah di Sukan Asia Jakarta-Palembang (2018) sebelum China (Hangzhou) mengeluarkannya.
Perbincangan juga sedang dilaksanakan bagi meyakinkan Persatuan Pencak Silat Jepun (JPSA) selain beberapa pendekatan dilakukan Persekutuan Pencak Silat Asia (APSIF) telah dipersetujui pada mesyuarat kongres tersebut," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.
Megat Zulkarnain berkata antara pendekatan digunakan APSIF termasuk dengan menggunakan suara negara anggota dalam Majlis Olimpik Asia (OCA) seperti India, China, Jepun selain negara Asia Tenggara lain dalam usaha melobi acara silat kembali membuat kemunculan.
"Tanda-tanda positif awal sudah kita dapat di peringkat APSIF. Selain itu, dengan penyertaan kuasa baharu silat yang menyertai dari bumi Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait, Yemen dan Iran.
"Ini akan membantu supaya taburan negara dalam Asia untuk sukan silat ini adalah cukup kuat. Kita sedang melobi dan mudah-mudahan usaha kita berjaya pada Sukan Asia akan datang," katanya.
Pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, skuad silat negara gagal membawa pulang sebarang pingat emas apabila hanya meraih empat perak dan empat gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Presiden Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata kesepakatan telah dicapai untuk menyenaraikan kembali silat di Sukan Asia pada Kongres Silat Asia dihadiri beliau di Dubai, UAE bulan lepas. - Foto fail/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Usaha lobi silat ke Sukan Asia 2026 dipergiat - Megat Zulkarnain
Usaha melobi untuk acara silat kembali tersenarai dalam program Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang dipergiat.