SHAH ALAM: Usaha pencarian seorang lelaki yang dikatakan menghidap skizofrenia (kecelaruan mental), Wan Mohd Hadi Wan Ismail, 41, dilaporkan hilang di Sungai Kandis, Shah Alam sejak 26 Januari lalu masih menemui jalan buntu.
Biarpun lebih tujuh bulan berlalu sejak kehilangannya, harapan keluarga serta usaha menjejaki Hadi tidak pernah pudar.
Hari ini usaha tersebut sekali lagi dilancarkan membabitkan pelbagai pihak termasuk pasukan polis dan bomba membabitkan 48 anggota serta penduduk kampung di sekitar kawasan yang dikatakan kali terakhir Hadi berada.
Pasukan mencari tersebut turut menggunakan perkhidmatan anjing pengesan K9 di sekitar kawasan kampung berkenaan dalam radius 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.
Bagaimanapun, usaha berkenaan tidak menemui sebarang petunjuk keberadaan lelaki berkenaan.
Walaupun hampa, keluarga Hadi bagaimanapun reda dan tidak akan berputus asa untuk terus berusaha menjalankan pencarian di segenap lokasi dengan harapan lelaki berkenaan akhirnya akan ditemui satu hari nanti.
“Hari ini kita berharap dapat sesuatu yang boleh beritahu kita apa yang sedang berlaku. Kalau kata hari ini berhasi, sekurang-kurangnya perasaan kita lebih tenang.
“Kita perlu dapat pengesahan sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal,” kata ayah kepada Hadi, Wan Ismail Wan Abdullah.
Bagaimanapun, pasukan mencari ketika ditemui memberitahu bahawa usaha pencarian Hadi akan dihentikan buat sementara waktu melainkan ada petunjuk baharu yang meyakinkan.
Kisah kehilangan Wan Mohd Hadi Wan Ismail pernah disiarkan oleh Astro AWANI menerusi hasil siri laporan khas oleh Fareez Azman.
BACA: Mana perginya Wan Mohd Hadi? Lelaki menghidap skizofrenia hilang
Wan Mohd Hadi menghidap skizofrenia sejak belasan tahun lagi, hidupnya bagaimanapun normal seperti biasa di bawah pengawasan keluarganya.
Kali terakhir dia dilihat memakai baju lengan panjang berwarna putih dan seluar hitam, serta menggalas beg berwarna merah.
Jelas Wan Ismail, sudah banyak ikhtiar dilakukan dan usaha pencarian sekitar kawasan Shah Alam dengan bantuan orang ramai dan netizen di laman sosial.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Aug 13 2022
![Usaha mencari Wan Mohd Hadi masih temui jalan buntu Usaha mencari Wan Mohd Hadi masih temui jalan buntu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660382117_Misihadi.jpg)
Pasukan mencari memberi penerangan kepada keluarga Hadi selepas operasi mencarinya hari ini sebelum memutuskan untuk menghentikan usaha tersebut sehingga ada petunjuk baharu. - Astro AWANI
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Tiga berita pemergian, tiga PRK menyusul Tiga berita pemergian, tiga PRK menyusul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533282609_ADUNygMENIGGAL.jpg)
Tiga berita pemergian, tiga PRK menyusul
Pemergian ADUN Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia, selain memberi kesan emosi pada keluarga dan rakan terdekat, menguji landskap politik tempatan.
!['Jangan harap sokongan Pas, UMNO perlu berdiri sendiri' - Khairy 'Jangan harap sokongan Pas, UMNO perlu berdiri sendiri' - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531712381_khairyjamaluddin.jpg)
'Jangan harap sokongan Pas, UMNO perlu berdiri sendiri' - Khairy
UMNO dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan sokongan Pas untuk terus diterima masyarakat.
![Kesan dakwat PRU14 tak jejas hak pengundi DUN Sungai Kandis - SPR Kesan dakwat PRU14 tak jejas hak pengundi DUN Sungai Kandis - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525832838_celupjari.jpg)
Kesan dakwat PRU14 tak jejas hak pengundi DUN Sungai Kandis - SPR
Pengundi di DUN Sungai Kandis yang masih mempunyai kesan dakwat PRU14 di jari mereka, tidak terjejas hak untuk mengundi pada PRK kawasan berkenaan.
![Di sebalik Apam Balik Istana: Tinggal kerja 'despatch' demi raih keuntungan 4 angka Di sebalik Apam Balik Istana: Tinggal kerja 'despatch' demi raih keuntungan 4 angka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71532398356_apambalik.jpg)
Di sebalik Apam Balik Istana: Tinggal kerja 'despatch' demi raih keuntungan 4 angka
Norzaidi atau lebih dikenali penduduk Jalan Kebun, Shah Alam sebagai Bob membuat keputusan nekad berhenti kerja pada usia 23 tahun.
![Bolehkah BN menang PRK Sungai Kandis? Bolehkah BN menang PRK Sungai Kandis?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51527904380_KHAIDIRAHABUZAHAR.jpg)
Bolehkah BN menang PRK Sungai Kandis?
Khaidirah Abu Zahar berkata meskipun menyedari BN merupakan calon 'underdog' pada PRK kali ini namun jelasnya BN tidak mudah menyerah kalah.
![Proses penamaan calon PRK Sungai Kandis bermula 9 pagi Proses penamaan calon PRK Sungai Kandis bermula 9 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51532137888_Sgkandis.jpg)
Proses penamaan calon PRK Sungai Kandis bermula 9 pagi
Tempoh masa bagi mengemukakan kertas penamaan calon dijadual selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan nama calon yang sah bertanding.
![Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR - Azmi Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR - Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51530531429_azminali.jpg)
Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR - Azmi
Menurut Azmin, segala kerja keras yang diusahakan Shuhaimi banyak membantu PKR dalam memenangi Pilihan Raya Umum lalu.