SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini sama sekali tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja sebaliknya meliputi semua yang ada di negara ini.
Anwar sedar ada pihak yang mendakwa beliau melindungi kepentingan satu kaum sahaja namun berkata pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas iaitu memastikan semua yang ada di negara ini mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
"Jangan tanya saya berapa peruntukan untuk kaum Melayu, kaum India, saya tidak peduli, ada sahaja jumlah, ada nama kita sahkan, kita tolong. Siapa yang miskin tegar, kita tolong. Kita tolong rakyat susah tak kira kaum," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat India Kedah di sini malam ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami serta Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari.
Perdana Menteri, yang mempunyai jadual padat di Kedah hari ini, berkata sejak dulu beliau perlu melawan kelompok perkauman sempit sesetengah pihak.
Anwar berkata beliau sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh masyarakat India selama ini dan meminta mereka memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan bagi memastikan segala pembangunan yang dirancang dapat direalisasi.
Katanya beliau sendiri mahu melihat masyarakat India, khususnya yang tinggal di estet, keluar daripada kepompong kemiskinan.
"Saya nak pesan kepada masyarakat India di Kedah, buat keputusan yang baik, biar ada hubungan baik antara negeri dan Kerajaan Persekutuan, kita guna kuasa yang ada ini untuk bantu rakyat kita," katanya.
Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia sekitar Sungai Petani dan menerima memorandum masyarakat India Kedah berhubung isu ekonomi, sosial serta pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini sama sekali tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja sebaliknya meliputi semua yang ada di negara ini. - Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Usaha noktah kemiskinan tegar tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja - PM
Pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas iaitu memastikan semua yang ada di negara ini mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan.